Jemput singgah blog saya..

Tuesday, November 17, 2015

Defnisi Ponteng

Ponteng telah didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab ataupun tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Menurut Rasidah (2005) pula ponteng adalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Selain itu, ponteng juga dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang sering menjauhkan diri daripada persekolahan tanpa kebenaran (The Oxford Dictionary of Current English, 2005). Yaakub (1976 dalam Aminah, 1994) pula telah mentakrifkan tingkah laku ponteng sebagai murid yang tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuk murid-murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing. Mohamed Yunus (1994) mendefinisikan tingkah laku ponteng sebagai tidak datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau ‘tuang’ dengan tidak diketahui oleh ibu bapa atau guru. Menurut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar. 


No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?