Jemput singgah blog saya..

Tuesday, November 17, 2015

Defnisi Ponteng

Ponteng telah didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab ataupun tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Menurut Rasidah (2005) pula ponteng adalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Selain itu, ponteng juga dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang sering menjauhkan diri daripada persekolahan tanpa kebenaran (The Oxford Dictionary of Current English, 2005). Yaakub (1976 dalam Aminah, 1994) pula telah mentakrifkan tingkah laku ponteng sebagai murid yang tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuk murid-murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing. Mohamed Yunus (1994) mendefinisikan tingkah laku ponteng sebagai tidak datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau ‘tuang’ dengan tidak diketahui oleh ibu bapa atau guru. Menurut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar. 


MODUL KENALI DIRI UBK

MODUL 
AKTIVITI  1: POTENSI DIRI - QUEIN SOY(SIAPA AKU)
Jangka masa             : 25 minit
Bilangan peserta       :  8 orang
Keperluan Bahan dan Peralatan:
a)      Kertas
b)      Pensil/pen

Objektif:
1)      Ahli dapat mencipta perkataan atau ungkapan positif yang bermakna dalam setiap huruf atau abjad daripada nama mereka.
2)      Membolehkan ahli mengaitkan makna ungkapan positif dengan dirinya sendiri
3)      Membantu ahli memperkembangkan potensi dirinya melalui keunikan nama masing-masing.

Proses Perlaksanaan Aktiviti:
1)      Fasilitator memberi penerangan bahawa setiap ahli ada nama tersendiri yang dipilih oleh ibu bapa mereka.
2)      Fasilitator memberikan contoh untuk membina perkataan yang bernilai positif tentang diri ahli berkenaan berdasarkan abjad namanya.
3)      Fasilitator menyuruh ahli menyiapkan tugasan tersebut
4)      Setelah semua ahli menyiapkan tugasan yang diberikan,fasilitator membenarkan setiap ahli membaca hasil kerja masing-masing sambil diteliti oleh ahli lain
5)      Jika ada ahli yang tidak dapat membina perkataan positif pada abjad/huruf tertentu, ahli lain dibenarkan membantu.
6)      Fasilitator memanggil ahli untuk membentangkan tugasan mereka secara rawak.

Falsafah:
1)      Ahli dapat mengenalpasti ciri-ciri positif yang ada pada diri berdasarkan abjad namanya
2)       Pelajar seharusnya bersyukur kerana mempunyai nama yang baik dan bermakna
3)      Nama yang baik membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang individu
4)      Setiap individu adalah unik dan boleh memanfaatkan keunikan dirinya ke arah pembentukan kendiri yang cemerlang



LATIHAN POTENSI DIRI 1-
‘Quein soy’-siapa aku?
(KEUNIKAN NAMA SAYA)





HURUF

PENERANGAN