Jemput singgah blog saya..

Wednesday, September 02, 2015

Tahap-tahap tindak balas tekanan (4)

Terdapat empat tahap dalam tindak balas tekanan.Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalan raya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu, semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stress.  Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri.  Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan meningkat perlahan-perlahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress yang tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dan sebagainya.

            Menurut  Cannon (1914), terdapat empat tahap dalam tindak balas tekanan, iaitu ;
a.      Tahap 1
Tahap permulaan ini merupakan ransangan daripada satu atau lebih daripada lima deria rasa yang dihantar kepada otak seperti menjerit, menghidu bau api, merasa racun dan lori yang melepasi sesuatu lorong.  Simptom-simptonnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketajutan, marah dan murung.

b.      Tahap 2
Pada tahap ini, otak mentafsir ransangan sama ada ancaman atau bukan ancaman.  Contohnya menjerit ketika menonton cerita yang seram.  Jika ransangan merujuk kepada ancaman, otak akan bertindak secara aktif dan sistem edoksi akan cepat bertindak mempertahankan diri.  Contoh simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu merasa sedih, memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi terdahulu.

c.       Tahap 3
Pada tahap ini, badan kekal aktif dan mengalami ketegangan sehingga ancaman berakhir.  Contoh simptom-simptonnya adalah hilang keyakinna diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca daripada stress seperti tekanan darah yang tinggi, migrain, ulser dan sebagainya.

d.      Tahap 4

Pada tahap terakhir ini, badan akan kembali kepada proses homeostasis dan badan kembali tenang apabila ancaman telah tiada.  Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjer mengeluarkan hormon glilkokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan.  Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan degupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah.  Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.


No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?