Jemput singgah blog saya..

Wednesday, September 02, 2015

Stress dari Pelbagai Reaksi - KESAN STRESS


      Reaksi Tubuh
Orang sering tidak menyedari kalau faktor stress erat sering dikaitkan dengan reaksi tubuh yang merugikan kesihatan. Daripada kajian yang telah dilakukan, menemukan stress berperanan penting dalam menimbulkan penyakit-penyakit serius. Latar belakang utama dari penyebab ini sebenarnya ada pada reaksi yang mengakibatkan sebahagian keadaan di mana tubuh akhirnya kehilangan banyak aspek penting dalam proses kerjanya sehingga salah satunya dapat secara drastik menurunkan daya tahan tubuh, sebagai faktor utama yang berperanan dalam melawan penyakit. Ketika kita menghadapi stress, tubuh akan mengadakan reaksi secara terpadu untuk menghadapi stressor (berbagai hal yang berperanan sebagai penyebab stress) tersebut. Menurut Iskandar (1990), proses terjadinya stress juga melibatkan komponen kognitif. Stress yang diakibatkan oleh kepadatan dalam ruang dengan penilaian kognitif akan mengakibatkan denyut jantung bertambah tinggi dan tekanan darah menaik, sebagai reaksi yang tidak diinginkan.Dengan keadaan tersebut, maka seseorang yang berusaha mengatasi situasi stress akan memasuki tahap kelelahan kerana tenaganya telah banyak digunakan untuk mengatasi situasi stress.
       Reaksi Mental
Stress negatif sering muncul melalui persekitaran apabila kedatangan input persekitaran yang tidak selesa, perubahan drastik, terlalu banyak dan membebankan, atau terlalu berat unuk ditanggung sesuatu perkara. Perkara yang melibatkan emosi ialah pemikiran dan perasaan.  Apabila seseorang itu mengalami stress, mereka akan rasa tertekan, kecewa dan marah apabila diganggu. Topik perubahan emosi yang terkesan daripada persekitaran adalah menjurus kepada sudut tekanan atau stress yang diterima daripada input-input persekitaran.

Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan semula jadi yang mungkin terkawal atau tidak terkawal. Secara asasnya, persekitaran ekologi adalah lebih bersifat fizikal tetapi mempengaruhi manusia dalam aspek fizikal dan juga mental.  Apabila mendapat stress negatif,  ia akan menyebabkan seseorang itu kurang tenaga, mudah bimbang atau resah tidak menentu, kelihatan muram, durja, berasa bersalah, cepat letih dan menjadi rendah diri.

      Interaksi Tubuh dan Mental
Kedua-dua reaksi ini  saling berinteraksi antara satu sama lain. Reaksi tubuh dan pemikiran mendorong seseorang mengambil tindakan untuk bertindak.  Mengikut Lazarus (1961), ia adalah perkara yang boleh mendatangkan keburukan. Punca yang selalu dikaitkan ialah disebabkan malapetaka, kecederaan dan peperangan.  Contohnya, akibat malapetaka yang melanda, ramai yang akan terkorban.  Terdapat ahli keluarga yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah kehilangan orang yang tersayang.  Akibat perasaan yang dibawa, tubuh akan memberi reaksi seperti mendapat penyakit.



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?