Jemput singgah blog saya..

Wednesday, September 02, 2015

Jenis stress (negatif)

Older post is positif stress, 

Terdapat beberapa jenis distress atau dipanggil stress negatif.  Yang pertama ialah stress situasi.  Ia berlaku dengan tiba-tiba akibat kejadian tertentu yang tidak dijangkakan.  Contoh stress situasi ialah stress ketika mengalami kemalangan jalan raya.  Ia agak teruk dan hilang dengan cepat.  Situasi yang sering berlaku semasa terjadinya stress situasi ialah jantung akan berdegup kencang akibat kejadian tersebut dan lama-kelamaan akan kembali tenang.
 Manakala stress yang kronik atau dipanggil chronic stress  yang mungkin muncul tidak begitu teruk namun masa yang lama diambil untuk pulih misalnya dalam jam,hari,minggu atau bulan.  Jika stress ini tidak diatasi, bentuk stress yang satu ini boleh mengakibatkan penderitaan kepada dirinya.  Seseorang yang mengalami stress ini akan terbiasa dan pasrah menerima tekanan-tekanan sehingga keadaan fizikal dan mentalnya akan bermasalah.  Contohnya situasi yang menyebabkan stress kronik ialah stress seorang gadis yang dirogol.

 Jenis stress negatif yang lain ialah stress berbaki.  Ia berlaku akibat sukar untuk melupakan peristiwa lampau di mana individu tidak berupaya dan tidak bersedia untuk melupakan kenangan silam.  Contohnya ialah stress akibat kematian insan yang disayang



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?