Jemput singgah blog saya..

Wednesday, September 02, 2015

Jenis-jenis stress

Jenis-Jenis Stress

Quick dan Quick (1984) mengkategorikan jenis stress kepada dua iaitu stress positif (Eustress) dan stress negatif (Distress). Eustress ialah hasil dari respon terhadap stress yang bersifat sihat, positif, dan konstruktif (bersifat membangun). Hal tersebut termasuk kesejahteraan individu dan juga organisasi yang dikaitkan dengan pertumbuhan, fleksibiliti, kemampuan adaptasi, dan peningkatan dalam pencapaian. Apabila menghadapi stress bersifat positif seseorang itu dapat menghadapinya dan meningkatkan kemampuannya untuk menghadapinya.  Ia juga merupakan stress yang baik untuk kerana ia dapat meningkatkan performa seseorang dan membuat seseorang itu lebih bahagia. Eustress terjadi saat seseorang memiliki target-target yang harus dicapai dalam hidup, sesuatu yang ingin dikejar. Eustress memaksa diri seseorang untuk bekerja, memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu yang lebih untuk menghasilkan pencapaian yang maksima.  Eustress terjadi saat seseorang dihadapkan pada sebuah tujuan, seseorang itu mengalami stress tetapi terdorong untuk mengerahkan usaha maksima untuk meraih tujuan tersebut. Menurut pakar stress, Dr. Hans Selye, memperkenalkan stress sebagai suatu ransangan dalam pengertian positif, disebut sebagai eustress.

Manakala distress  pula ialah hasil dari respon terhadap stress yang bersifat tudak sihat, negatif, dan destruktif (bersifat merosak). Ia adalah stress yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan beberapa musibah lain. Gibson, Ivancevich dan Donnely (1996) mendefinisikan stress sebagai suatu tanggapan penyesuaian, diperantarai oleh perbezaan-perbezaan individu dan proses psikologis, akibat daripada setiap tindakan lingkungan, situasi, atau peristiwa yang menetapkan permintaan psikologi dan atau fizikal berlebihan kepada seseorang. Definisi tersebut menggambarkan stress bersifat negatif. Hal ini kerana setiap perubahan akan menyebabkan stress kerana individu perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Biasanya seseorang itu akan membicarakan tentang stress di mana seseorang itu perlu tenang menghadapinya. Stress ini mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan bergantung kepada personaliti mangsanya. Bagi mangsa yang terlalu sensitif, kemungkinan ia lebih terkesan dengan tahap kekecewaan yang dialaminya lebih serius berbanding dengan individu yang berjiwa kental.

Jenis stress ialah bergantung bergantung kepada tindak balas semulajadi yang berlaku kepada manusia. Secara mudah ia boleh disifatkan sebagai keadaan bersiap sedia untuk bertindak sama ada positif(fight) atau negatif(flight).  Jenis stress yang positif dapat memberi keseronokan, meransang minda malah boleh mencetus wawasan. Rajah 1 menunjukkan jenis stress.


Hyperstress(terlebih tekanan)

Kesan(-)      Kesan(+)
Distress                                              Eustress

Hypostress(terkurang tekanan)


                                                       Rajah 1 Jenis stress



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?