Jemput singgah blog saya..

Wednesday, September 02, 2015

Definisi stress/tekanan

Secara amnya, stress bermaksud satu keadaan di mana individu tertekan dan tindak balas fizikal,emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan.  Stress juga membawa maksud desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku padanya.
            Stress berlaku disebabkan oleh faktor luaran, iaitu tekanan reaktif.  Kesan tekanan ini akan menyebabkan seseorang itu kehilangan minat untuk terus hidup.  Stress juga berlaku disebabkan oleh faktor dalaman, iaitu tekanan endogenus.  Contohnya adalah faktor keturunan.  Tekanan psikosis pula merupakan tekanan stress yang paling parah.  Ini akan menyebabkan gangguan mental.


            Stress akan menyebabkan akut berlaku.  Akut merupakan tindak balas kepada situasi berbahaya yang berlaku secara tiba-tiba dan kembali normal setelah keadaan bahaya itu berlaku.  Ia boleh berlaku sama ada benar-benar terjadi atau di bawah sedar.  Selain itu, tekanan stress juga akan mengakibatkan kronik terjadi.  Keadaan ini berlaku apabila berhadapan dengan masalah yang berterusan dan boleh memudaratkan diri dan menjadi penyumbang kepada penyakit seperti sakit mental.

            Menurut ahli falsafah timur, stress merupakan keadaan jiwa yang tidak tenang.  Mengikut pandangan budaya barat pula, Serge Kahili King, stress mengambarkan sesuatu keadaan yang tidak dapat kawal.  Ahli psikologi seperti  Lazarus (1983), stress merupakan sesuatu yang dihadapi seseorang ketika berhadapan dengan tanggungjawab atau peristiwa yang melebihi kemampuan diri seseorang.  Menurut Selye (1976), stress merupakan keadaan tingkah laku yang tidak teratur kerana ia memerlukan tempat yang sesuai.

No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?