Jemput singgah blog saya..

Thursday, November 01, 2012

Proses Kaunseling model Imam Al-Ghazali

Proses kaunseling yang terdapat dalam model Imam Al-Ghazali  ialah  Muaqabah iaitu dendaan kepada individu atau klien tersebut.

Proses ini adalah untuk melemahkan nafsu  klien dengan melakukan cara dendaan kepadanya sekiranya dia gagal melakukan musyaratah dan muraqabah yang telah di tetapkannya.Dalam kes ini,klien atau pelajar yang ketagih untuk menonton video pornografi ini didenda dengan berpuasa sekiranya dia telah melanggar perjanjiannya.Dengan berpuasa,klien ini akan dapat menahan dirinya daripada melakukan maksiat mata ini kerana dia sedang menjaga puasanya.Muaqabah sangat penting dalam mendidik nafsu supaya sentiasa sabar dan menahan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan batalnya puasa atau mengurangkan pahala puasa seperti melakukan perkara-perkara makhruh.Contohnya,pelajar ini didenda berpuasa selama 3 hari berturut-turut kerana menonton 3 video lucah pada tiga hari berturut-turut.



Muhajaddah pula adalah bersungguh-sungguh.
Proses ini menekankan seseorang agar bersungguh-sungguh untuk berubah dan memperbaiki dirinya kearah kebaikan.Banyak perkara yang boleh klien atau pelajar ini lakukan sebagai satu cara yang membuktikan dirinya bersungguh sungguh untuk mengubah tabiatnya iaitu seperti memilih kawan yang baik,di mana kawan yang sentiasa mengingatkannya kepada dosa  terutama dalam soal tabiatnya yang suka menonton pornografi dan   dan yang boleh mengelakkan dia daripada terus menonton  perkara keji tersebut.Klien juga boleh melakukan cara dengan mengelakkan daripada bersendirian kerana apabila bersendirian klien akan cenderung untuk menonton video atau filem lucah.Oleh itu klien yang bersungguh-sungguh akan menghabiskan masa terluangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah bersama rakan-rakannya yang baik seperti mengulang kaji pelajaran atau bersukan.


Hal ini kerana dalam hal ini persekitaran juga turut memainkan peranan yang besar dalam tingkah laku pelajar ini sama ada persekitaran bersendiri yang membolehkan dia menonton pornografi atau persekitaran yang dapat mengelakkan dia daripada melakukan tabiatnya ini.Misalnya,klien tidak dibenarkan berada di dalam bilik bersendirian sekiranya ada waktu terluang kerana dikhuatiri peluang itu akan digunakan untuk menonton video pornigrafi tersebut.Oleh itu adalah menjadi alternatif klien agar meminta seseorang yang diseganinya untuk bersamanya di dalam bilik tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang penting seperti membaca Al Quran atau membaca buku keagamaan.Peranan rakan juga sangat diperlukan dalam situasi membantu rakannya ini iaitu dengan kesudian menemani klien supaya klien akan dapat menahan dirinya dan dapat melupakan tabiatnya setelah beberapa jangka masa dia meninggalkannya.



Seterusnya,proses terakhir adalah muatabah atau celaan.
Proses celaan ini adalah bertujuan supaya tindakan yang diambil pelajar ini konsisten atau istiqamah.Dalam hal ini,celaan tersebut adalah celaan terhadap perbuatan buruknya iaitu gemar menonton video pornografi  agar pelajar tersebut tidak ada keinginan mengulanginya.Celaan seperti mengatakan klien akan menjadi hamba Allah yang dimurkai oleh Allah SWT sekiranya dia telah tetap menonton video pornografi merupakan contoh celaan yang paling mudah dilakukan.Cara ini amat penting dalam menjadi panduan kepada pelajar tersebut agar timbul kesedaran dan tekad di hatinya untuk memperbaiki dirinya.Proses yang disebut celaan ini berkesan memandangkan klien akan merasa malu terhadap dirinya dan orang disekelilingnya apabila mereka mengetahui klien mempunyai tabiat yang sangat memalukan ini dan yang paling penting klien akan berasa malu terhadap Allah SWT kerana telah melanggar hukum syaraknya.
Pada akhir sesi,klien atau pelajar ini diharap mempunyai tahap celik akal yang lebih tinggi berkenaan agama,menghayati kebesaran dan merasai kasih sayang Allah SWT serta mempunyai motivasi diri untuk meningkatkan ilmu dan amalannya.Oleh itu,dengan bantuan kaunselor dalam menimbulkan kesedaran dalam menimbulkan kesedaran dalam diri klien.Seperti mana firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 55 yang bermaksud.’’dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.”

No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?