Jemput singgah blog saya..

Wednesday, November 21, 2012

Program Sharing,Loving & Caring #1

Program Loving,Sharing,& Caring merupakan salah satu tugasan di bawah subjek Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah (KKP3053).Seperti yang sedia maklum, sebagai bakal kaunselor yang akan memasuki sekolah dan organisasi, kami perlu memperlengkapkan diri sebagai insan yang bakal memimpin pelajar-pelajar pada suatu hari kelak. Program ini adalah satu platform bagi meningkatkan keyakinan diri dan menambahkan pengalaman yang sedia ada. Melalui program ini, peserta dapat merasai pengalaman sendiri sebagai fasilitator dan dalam masa yang sama  merasai situasi sebagai urusetia yang mengendalikan sesuatu program. Program ini diadakan selama tiga hari dua malam bertempat di Sekolah Menengah Islam Hira’ Kuala Selangor, Selangor.

Ok. cuku-cukup sudah saya berAyat skema ye? Mula2 nak tempek gambar2 perjalanan pergi.. 

The driver a.ka ketua kumpulan
Pembantu. Tukang byr minyak kete kat kaunter. Tukang sembang dgn driver bg x ngantuk. Tukang tukar siaran radio. Hahaha.   
Ok. Dari kiri perenung masa depan. Tgh pentafsir mimpi,Tepi sekali pemakan manusia biskut

Singgah makan kat Satay Kajang.. Nak sampai dah ke destinasi..

Bersedia nak berprogram..

OBJEKTIF PROGRAM :
  •   Mengeratkan hubungan di antara pengawas, exco asrama dan pelajar bermasalah disiplin.
  • Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan pelajar serta membantu meningkatkan prestasi sekolah.
  • Membantu pelajar untuk mencari cara yang sesuai bagi mengubah tingkah laku yang negatif kepada tingkah laku positif.
  •   Menolong pelajar untuk meningkatkan motivasi diri.
  • Menyemai perasaan cinta dan sayang terhadap sekolah.
  •  Memenuhi kursus dan keperluan tugasan yang diberikan.
BERSAMBUNG.................

Saturday, November 10, 2012

Meeting di SMK Islam Hira'

September lepas kami ke SMK Islam Hira', Kuala Selangor untuk membuat perbincangan dan mesyuarat tentang program kami di sekolah mereka minggu seterusnya. 


Cabaran pertama sebelum perjalanan adalah kereta sewa yang disewakan kepada kami tiada minyak. Pihak agen sewa kereta sangat tidak bertimbang rasa kerana meninggalkan kereta sewa di hadapan rumah saya tanpa sedikitpun minyak yang berbaki. Sangat tidak berperikemanusiaan. Maka perjalanan kami sepatutnya bertolak dari pukul 6 pagi menjadi pukul 7 lebih. 
Mujurlah ada seorang ahli lelaki dalam kumpulan kami iaitu Syafik. Kalau x de dia,sapa nak pegi cari botol,cari motor dan pergi beli petrol. kan? 
kami girls? belum pandai nak buat ini semua... 
hmm... 
sampai sekarang kami tak sewa lagi dengan HELMI... 

 Dari UPSI ke sekolah tersebut memakan masa 2 jam setengah... *ditambah dengan sesat :))
biasala. x pernah pergi.. tp cuba!!  :)


Mula- mula sekali kami berbincang dengan kaunselor sekolah tersebut iaitu Abu Handhalah.. 
beliau banyak membantu kami sebagai bakal kaunselor ini...



 Beliau juga graduan dari UPSI :)

 Selepas bermusyawarah di bilik kaunseling,kami dibawa oleh kaunselor melawat sekolah ini sambil 
melihat tempat2 yang boleh kami jalankan program kami nnti... 


 Selepas itu kami bermesyuarat dengan Pengetua sekolah ini pula.. 
Kami menunggu di dalam bilik tetamu yang disediakan 

Walau bagaimanapun sayang sekali proses mesyuarat kami bersama pengetua sekolah itu tidak dirakamkan atau tidak di ambil gambar kerana kami semua masing-masing fokus dalam perbincangan permohonan kami untuk membuat program disini...

Alhamdulillah proposal kami lulus dan minggu depan kami akan kembali dengan program yang dinamakan 
LOVING,SHARING & CARING 
:)
Alhamdulillah.. 





Friday, November 09, 2012

Abnormal Psychology di blog rama2

Salam.. untuk perkongsian bersama,boleh lah rajin2 kan jari dan klik pages kaunseling|psikologi dalam blog Rara. Rama2.

SINI 

Thursday, November 01, 2012

SENAMROBIK & AEROBIK


Tempoh hari kelas saya - Batch Realiti dengan semangatnya membuat 1 TOT pada hujung minggu untuk mengasah bakat dalam menjadi fasi yang terbaik. 
Pada minggu pertama saya ditugaskan menjadi instruktur senamrobik kerana setelah mendapat teguran daripada En.Aziz sewaktu di kelas dulu,kami mula sedar bahawa senamrobik juga sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam modul/program yang akan kami jalani nanti. 
Jadi saya membuat rujukan sebelum menjadi leader dan ini adalah sekadar untuk berkongsi sahaja... Salah silap mohon tunjuk ajar ye......... :)

Apa itu Senamrobik ?

Kolej Perubatan Amerika mengatakan bahawa senamrobik merupakan aktiviti yang menggunakan kumpulan otot besar secara berterusan yang boleh diselenggarakan dengan berirama supaya dapat meningkatkan tahap kardiovaskular. 



Sejarah Aerobik


Syarat-syarat dan kaedah latihan, kedua-duanya telah dikembangkan oleh Kenneth H. Couper, seorang ahli fisiologi Latihan Tentera Udara U.S. Dr couper orang yang bersemangat melakukan latihan mengatakan bahawa secara peribadi dan professional hairan tentang sesetengah individu yang mempunyai kekuatan otot yang baik masih cenderung untuk melaksanakan sesuatu aktiviti di tahap yang lemah seperti aktiviti lari jarak jauh, berenang dan berbasikal. Beliau telah memulakan dengan secara sistematik tahap persembahan manusia menggunakan basikal ergometer. Beliau juga mula mengukur pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dapat ditanggung dalam tempoh tertentu menggunakan oksigen.

Buku pertamanya, Aerobics telah diterbitkan pada tahun 1969. Dalam buku tersebut telah jelaskan tentang program-program latihan yang melibatkan aktiviti berlari, berjalan, berenang dan berbasikal. Buku tersebut menjadikan sesuatu sejarah yang tidak disangka apabila masyarakat yang sedang mengalami peningkatan lemah dan lembap telah melihat tentang peripentingnya meningkatkan latihan. Buku tersebut mendapat jualan yang banyak dan memberangsangkan.Data saintifik Couper menyediakan asas-asas saintifik untuk program-program aerobik moden dan kebanyakannya berdasarkan jumlah semua penggunaan oksigen.





KEPENTINGAN SENAMROBIK
Fizikal:



• Mengurangkan risiko daripada kematian pra-matang
• Mengurangkan risiko yang membawa dan / atau hampir mati akibat penyakit jantung disebabkan peningkatan kardiovaskular.
• Mengurangkan risiko pembentukan kanser usus dan kanser payudara
• Mengurangkan risiko mendapat diabetes
• Mengurangkan atau menyelenggarakan lemak berat badan dan pengawalan berat badan yang diperbaiki.
• Menyelenggarakan tulang 
• Mengurangkan lekukan dan kebimbangan
• Meningkatkan fisiologi 
• Dalam tempoh yang lama, membantu tekanan darah dan mengawal tahap kolesterol dalam badan
• Menjadikan keadaan kesihatan seseorang itu bertambah baik dan tidak perlu risau akan risiko kecederaan.





Mental :
• Mengurangkan stress
• Meningkatkan daya pemikiran
• Membina kecergasan otak




Aturan Kaedah Senamrobik



Beberapa kaedah yang mudah dapat membantu anda membentuk diri yang sihat melalui rutin harian anda :



• Tidak makan dua jam sebelum melakukan senaman yang berat. 



• Minum air dalam kuantiti yang banyak sebelum, semasa dan selepas bersenam.



• Selaraskan aktiviti mengikut cuaca dan kurangkan apabila telah 
kepenatan atau sakit. 



• Apabila bersenam, ikutilah simptom-simptom amaran badan, dan dapatkan nasihat daripada pakar perubatan jika anda merasa sakit di dada, jantung tidak tetap, letih yang berlebih-lebih, loya, sesak nafas tidak diduga atau sakit kepala yang amat sangat.



ANATOMI & FISIOLOGI


Salam..Tujuan saya update pasal anatomi & fisiologi hari ini adalah untuk mengingatkan semua dan saya sendiri tentang kepentingan kesihatan tubuh badan juga. Badan yang cergas,minda pun cerdas. Ye tak? :)

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana telah bermula sejak 23000 tahun yang lalu. Displin ini adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan bidang sains yang dinamik dan berkembang.



Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisplin seperti anatomi kasar ( gross ) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ memotong atau membelah anggota badan ” untuk melihat strukturnya.




Anatomi kasar terbahagi kepada :
i. Anatomi kawasan ( regional )
• Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.
ii. Anatomi bersistem ( systemic )
• Semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan mengkaji semua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya.
iii. Anatomi permukaan ( surface )
• Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.





Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu berdisplin yang mengkaji fungsi tubuh. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan pamjang seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.



Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah :
• Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan spesifik untuk otot dan sendi tertentu.
• Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal.
• Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti sukan-aktiviti sukan
• Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan.



Contoh :
Fungsi sendi :
Membantu kita untuk memahami senaman yang sesuai dilakukan bagi mengelakkan masalah kesihatan.





Proses Kaunseling model Imam Al-Ghazali

Proses kaunseling yang terdapat dalam model Imam Al-Ghazali  ialah  Muaqabah iaitu dendaan kepada individu atau klien tersebut.

Proses ini adalah untuk melemahkan nafsu  klien dengan melakukan cara dendaan kepadanya sekiranya dia gagal melakukan musyaratah dan muraqabah yang telah di tetapkannya.Dalam kes ini,klien atau pelajar yang ketagih untuk menonton video pornografi ini didenda dengan berpuasa sekiranya dia telah melanggar perjanjiannya.Dengan berpuasa,klien ini akan dapat menahan dirinya daripada melakukan maksiat mata ini kerana dia sedang menjaga puasanya.Muaqabah sangat penting dalam mendidik nafsu supaya sentiasa sabar dan menahan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan batalnya puasa atau mengurangkan pahala puasa seperti melakukan perkara-perkara makhruh.Contohnya,pelajar ini didenda berpuasa selama 3 hari berturut-turut kerana menonton 3 video lucah pada tiga hari berturut-turut.



Muhajaddah pula adalah bersungguh-sungguh.
Proses ini menekankan seseorang agar bersungguh-sungguh untuk berubah dan memperbaiki dirinya kearah kebaikan.Banyak perkara yang boleh klien atau pelajar ini lakukan sebagai satu cara yang membuktikan dirinya bersungguh sungguh untuk mengubah tabiatnya iaitu seperti memilih kawan yang baik,di mana kawan yang sentiasa mengingatkannya kepada dosa  terutama dalam soal tabiatnya yang suka menonton pornografi dan   dan yang boleh mengelakkan dia daripada terus menonton  perkara keji tersebut.Klien juga boleh melakukan cara dengan mengelakkan daripada bersendirian kerana apabila bersendirian klien akan cenderung untuk menonton video atau filem lucah.Oleh itu klien yang bersungguh-sungguh akan menghabiskan masa terluangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah bersama rakan-rakannya yang baik seperti mengulang kaji pelajaran atau bersukan.


Hal ini kerana dalam hal ini persekitaran juga turut memainkan peranan yang besar dalam tingkah laku pelajar ini sama ada persekitaran bersendiri yang membolehkan dia menonton pornografi atau persekitaran yang dapat mengelakkan dia daripada melakukan tabiatnya ini.Misalnya,klien tidak dibenarkan berada di dalam bilik bersendirian sekiranya ada waktu terluang kerana dikhuatiri peluang itu akan digunakan untuk menonton video pornigrafi tersebut.Oleh itu adalah menjadi alternatif klien agar meminta seseorang yang diseganinya untuk bersamanya di dalam bilik tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang penting seperti membaca Al Quran atau membaca buku keagamaan.Peranan rakan juga sangat diperlukan dalam situasi membantu rakannya ini iaitu dengan kesudian menemani klien supaya klien akan dapat menahan dirinya dan dapat melupakan tabiatnya setelah beberapa jangka masa dia meninggalkannya.



Seterusnya,proses terakhir adalah muatabah atau celaan.
Proses celaan ini adalah bertujuan supaya tindakan yang diambil pelajar ini konsisten atau istiqamah.Dalam hal ini,celaan tersebut adalah celaan terhadap perbuatan buruknya iaitu gemar menonton video pornografi  agar pelajar tersebut tidak ada keinginan mengulanginya.Celaan seperti mengatakan klien akan menjadi hamba Allah yang dimurkai oleh Allah SWT sekiranya dia telah tetap menonton video pornografi merupakan contoh celaan yang paling mudah dilakukan.Cara ini amat penting dalam menjadi panduan kepada pelajar tersebut agar timbul kesedaran dan tekad di hatinya untuk memperbaiki dirinya.Proses yang disebut celaan ini berkesan memandangkan klien akan merasa malu terhadap dirinya dan orang disekelilingnya apabila mereka mengetahui klien mempunyai tabiat yang sangat memalukan ini dan yang paling penting klien akan berasa malu terhadap Allah SWT kerana telah melanggar hukum syaraknya.
Pada akhir sesi,klien atau pelajar ini diharap mempunyai tahap celik akal yang lebih tinggi berkenaan agama,menghayati kebesaran dan merasai kasih sayang Allah SWT serta mempunyai motivasi diri untuk meningkatkan ilmu dan amalannya.Oleh itu,dengan bantuan kaunselor dalam menimbulkan kesedaran dalam menimbulkan kesedaran dalam diri klien.Seperti mana firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 55 yang bermaksud.’’dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.”

Haji Aziz :)


Assalamualaikum 

Memandangkan sekarang masing-masing masih mood beraya haji,dan jemaah2 haji pun sedang menikmati haji, nak lah saya kongsi tentang perkara2 penting yang perlu kita tahu mengenai?? Haji............. 
Lagipun pensyarah sendiri, En.Aziz Yatim juga adalah salah seorang jemaah yang mengerjakan haji baru-baru ini...Semoga mendapat haji yang mabrul... Amin..InsyaAllah.



RUKUN HAJI

Terdapat 6 rukun haji yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam perkara untuk mengerjakan haji.Rukun pertama adalah niat. Niat tersebut adalah niat melakukan haji  dan dilakukan di miqat manani yang  tertentu ataupun  tempat niat. Rukun kedua ialah wukuf di padang arafah iaitu pada 9 Zulhijjah· Para pengerja haji perlu berada di padang Arafah walaupun sekejap di antara tempoh  masa  gelincir matahari hari pada hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah.Seterusnya,rukun ketiga ialah tawaf di ka’bah sebanyak 7 kali.Tawaf ini bererti mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu.Ia juga perlu dilakukan selepas wukuf di Arafah iaitu bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.

Tawaf ini pula mengandungi 5 jenis.Pertama,Tawaf qudum ataupun dikenali sebagai  tawaf selamat datang.Ianya sunat dilakukan bagi pengerja haji yang baru sampai ke mekah.Kedua,Tawaf ifadhah.Tawaf ini ialah  tawaf rukun dan wajib.Manakala jenis tawaf ketiga ialah tawaf widak atau tawaf selamat tinggal.Ia  sunat dilakukan bagi hendak meninggalkan kota mekah.Seterusnya,tawaf sunat.Tawaf sunat ialah satu-satunya tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.Jenis tawaf ke lima ialah tawaf nazar.Ia wajib dilakukan bagi yang bernazar untuk melakukan tawaf. 

Dalam melakukan tawaf,Allah SWT telah menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum,semasa dan selepas tawaf secara komprehensif .Syarat-syaratnya  adalah  yang utamanya ialah menutup aurat,suci daripada hadas, dan tawaf ini perlu dilakukan sebanyak 7 kali dengan  mengelilingi ka'abah,Syarat lain ialah dimulakan dengan penjuru hajar aswad,dan mengirikan ka'abah dan terakhir adalah dilakukan di dalam kawasan masjidil haram.

Rukun haji yang ke empat pula adalah Sa’i.Sai’ adalah rukun berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwa sebanyak 7 kali.Ia  dilakukan selepas para pengerja haji melakukan tawaf.Sai’e mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu syarat  saie  yang  pertama adalah,dimulakan  dari bukit safa dan berakhir di bukit marwa.Kedua,ia dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin.Ketiga ialah ia  dilakukan selepas tawaf rukun.Seterusnya,ia  dilakukan dengan perjalanan biasa dan syarat terakhir ialah dengan memulakan niat sai'e semasa mula di bukit safa.

Rukun haji ke lima adalah bercukur.Bercukur atau  bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan rukun terakhir adalah tertib.Tertib ini,dalam kata lain adalah memastikan rukun haji dan umrah yang dilakukan hendaklan dengan susunan yang betul



WAJIB HAJI
Seterusnya,dalam  haji  mengandungi perkara wajib haji atau amalan wajib haji.Definisi wajib haji adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji ini, hajinya masih sah tetapi dikenakan dam atau denda mengikut kadar yang ditentukan.Perkara atau amalan wajib haji ini mengandungi tujuh perkara penting iaitu yang pertama adalah berniat ihram di miqat.Ia dilakukan setelah berpakaian ihram.Keduanya ialah bermalam atau mabit di muzdalifah pada tanggal 9 Zulhijjah.Ia dilakukan semasa pengerja haji dalam perjalanan dari Arafah ke Mina.Ketiga pula adalah melontar jamratul aqabah iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan keempat adalah bermalam di Mina pada hari Tasyrik iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah.Wajib haji yang kelima ialah  melontar ketiga-tiga jamrah iaitu  Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah pada hari tasyrik yang sama dengan wajib haji sebelum ini iaitu pada 11 hingga 13 Zulhijjah.Selepas itu, wajib haji yang ke enam adalah tawaf wada iaitu melakukan tawaf perpisahan sebelum meninggalkan kota Makkah.Seterusnya wajib haji terakhir adalah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.Wajib haji ini adalah perkara yang harus dilakukan pada ibadah haji, dan jika ia tidak dikerjakan,para pengerja haji ini harus membayar dam atau denda.


SUNAT HAJI
Sunat haji mengandungi tujuh perkara iaitu pertamannya adalah ifrad, iaitu mendahulukan ibadah atau perbuatan haji ke atas umrah, sunah kedua ialah talbiah iaitu memuji kebesaran Allah.Sementara itu,sunat haji seterusnya adalah  melakukan tawaf qudum sebaik sahaja tiba di Kota Mekah dan keempat mabit/bermalam di Muzdalifah.Kemudian yang kelima adalah solat dua rakaat tawaf.Sunat haji lain iaitu yang keenam adalah bermalam di Mina dan akhir sekali adalah tawaf wida' iaitu  sunat hukumnya bagi orang yang hendak meninggalkan Mekah.

Melakukan ibadah haji ifrad hukumnya sunat, tidak dikenakan dam, berbeza dari tamattu' dan qiran, kedua-duanya dikenakan dan ke atas orang yang melakukannya. Sunat haji kedua ialah talbiah iaitu memuji kebesaran Allah di sepanjang masa melakukan ibadah haji dan memakai ihram. Lafaz talbiahnya ialah
"Labbai Allah Humma Labaik, Labbaika la Syarikalaka Labbaik. Innal hamda wa al-nikmata laka wa al-mulk, la syarikalak".

Orang lelaki sunat menguatkan suara talbiahnya sepanjang memakai ihram dan orang perempuan pula sunat memperlahankannya dan memperbanyakkan talbiah sekalipun dalam keadaan haid.Ianya boleh dilakukan dengan bahasa terjemahan jika tidak boleh berbahasa arab.

Sunat haji ketiga ialah tawaf qudum iaitu dilakukan sebaik sahaja memasuki Kota Mekah. Masanya berpanjangan sehingga sebelum waktu wuquf. Tawaf qudum juga dikenali sebagai tawaf menghormati ka'abah, setelah selesai melakukanya barulah dilakukan solat tahiyyat masjid al-mukaramah.Individu yang melakukan haji ini makruh untuk duduk di masjid tersebut sebelum melakukan solat tersebut.

Sah tawaf adalah apabila jemaah haji dapat memenuhi syarat-syarat berikut iaitu suci daripada hadas kecil dan besar, dan suci daripada najis, menutup aurat seperti dalam solat, dilakukan dalam Masjid al-Haram, sempurna tujuh kali keliling Ka'abah dan tertib iaitu dimulakan pada garis tanda Hajar Aswad dan jadikan Ka'abah sebelah kirinya ketika tawaf dan niat tawaf qudum.

Perkara yang disunatkan ketika melakukan tawaf ialah sunat mengerjakan tawaf dengan berjalan kaki, berjalan dengan langkah pendek tetapi cepat terutama tiga keliling yang pertama, hampir dengan ka'abah, mengucup Hajar Aswad atau jika keadaan terlalu sesak cukup dengan lambaian dan ucapkan 
"Bismillahi wa Allahu Akbar",
Selain itu disamping berdoa untuk kedua ibubapa dan lainnya, jemaah juga makruh berbual/sembang,dan  akhir sekali solat sunat tawaf dua rakaat.

Sunat haji keempat ialah mabit/bermalam di Muzdalifah. Para haji mula berangkat ke Muzdalifah selepas terbenam matahari pada hari Arafah dan di jamakkan solat maghrib dalam waktu insyak iaitu jamak ta'khir sebaik sahaja sampai di Muzdalifah. Maksud mabit di sini ialah berhenti selepas tengah malam di Muzdalifah. Orang yang berihram perlu mengerjakan solat subuh pada malam pertama, kemudian berwukuf di Masy'arilharam sehingga terbit matahari dengan memperbanyakkan zikir dan doa.

Solat dua rakaat tawaf merupakan sunat haji yang kelima. Ia disunatkan kepada orang yang bertawaf setelah melakukan tawaf iaitu di makam Ibrahim a.s atau dimana-mana bahagian Masjid. Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama manakala Surah A-ikhlas dibaca pada rakaat ke dua. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, sekalipun dalam waktu yang diharamkan. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa, sekalipun dalam waktu yang diharamkan. Ia juga boleh dilakukan di luar masjid.

 Berangkat ke Mina juga merupakan antara sunat haji. Ia dilakukan pada hari Tarawih, iaitu hari ke lapan dari bulan Zulhijjah. Sekiranya seseorang itu melakukan haji qiran atau ifrad, maka dia berangkat ke Mina dengan ihramnya. Sekiranya ia mengerjakan haji tamattu', maka hendaklah ia melakukan ihram untuk mengerjakan haji dan melakukan apa yang telah dilakukannya di miqat. Disunatkan juga jemaah banyak berdoa dan membaca talbiah sewaktu dalam perjalanan ke Mina, melakukan solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak serta bermalam di sana. Mereka juga disunatkan tinggal sehingga terbitnya matahari pada hari ke sembilan Zulhijjah.

Sunat haji yang seterusnya ialah tawaf wida'. Ia merupakan tawaf selamat tinggal sebagai lambang perpisahan dengan Baitullah. Juga dinamakan tawaf shadar (tawaf kemunculan) kerana dilakukan ketika hadirnya umat manusia ke Mekah. Ia adalah upacara haji yang terakhir kecuali bagi penduduk Mekah dan wanita yang haid. Para ulama sepakat bahawa ianya disyariatkan. Malik, Daud, Syafi'I dan Ibnu Mundzir mengatakan ia sunat dan tidak dikenakan apa-apa kewajipan kerana meninggalkannya.

Golongan Hanbali dan Hanafi serta satu riwayat dai Syafi'I pula mengatakan ia wajib dan dikenakan denda kerana meninggalkannya. Tawaf ini dilakukan setelah selesai semua urusan dan ketika hendak berangkat sebagai pertemuan terakhir dengan Baitullah. Bila sudah selesai, mereka hendaklah segera berangkat tanpa tinggal lama di sana. Jika tidak, tawaf hendaklah dilakukan semula kecuali ada kepentingan yang mesti diselesaikan (Hasan Ayub, 1983:214). Tawaf ini tidak memerlukan para haji berjalan cepat, cukup sekadar berjalan biasa sahaja.

Follow tanda support :)