Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

WHAT IS COUNSELING STAGE STRUCTURE


PENGENALAN
  • Proses kaunseling mempunyai struktur atau fasa tersendiri dalam menjalankan satu proses kaunseling. Dalam  erti kata lain, kaunselor perlu membantu klien berdasarkan fasa tersebut sehingga mencapai matlamat klien.
Menurut Pietrofesa (1978) dan Williamson (1985) menerangkan proses kaunseling ada enam peringkat iaitu:
1) Analisis
Kaunselor mengumpulkan semua data yang relevan tentang klien termasuk data dari skor ujian standard dan maklumat dari rekod kumulatif klien.
2) Sintensis
Proses menggabungkan data yang relevan, menyusun dan mengaturnya bagi memberikan gambaran yang komprehensif tentang klien.
3) Diagnosis
Proses apabila berasaskan maklumat yang dikumpulkan, masalah dan puncanya dikenal pasti.
4) Prognosis
Langkah atau proses apabila peluang,kejayaan klien dan perkara yang mungkin menghalang klien dalam mengatasi sesuatu masalah yang diramalkan.
5) Resolusi
Tahap apabila klien diberikan pertolongan secara langsung bagi mengatasi masalah yang dikenalpasti. 
6) Penyusulan
Kaunselor memerhatikan perkembangan klien dan cuba atau mengulangi langkah lain untuk berkembang ke arah yang positif

  • Menurut Mizan Adiliah (1992), terdapat empat peringkat penting yang akan dilalui oleh klien dan kaunselor yang terlibat dalam proses kaunseling ini iaitu:

1) Perhubungan
Kaunselor akan mewujudkan hubungan dengan klien dengan menimbulkan peluang dan suasana untuk berbincang.
2) Analisis dan penerokaan
Kaunselor cuba memahami konsep kendiri seseorang dan cara hidupnya
3) Organisasi semula
Kaunselor cuba menimbulkan kesedaran dan menggalakkan pembentukan langkah tindakan yang bakal diambil.
4) Orentasi semula
Peringkat ini adalah peringkat kerjasama antara klien dan kaunselor bagi menilai sesuatu situasi. Kaunselor membantu klien membuat pilihan, sikap dan tingkah laku yang dapat mengubah situasi.
Selain itu, menurut Ivey (1999), ada lima tahap dalam proses kaunseling iaitu;
1) Permulaan sesi
Kaunselor akan membina hubungan dengan klien dan juga membuat penstrukturan
2) Pengumpulan data
Kaunselor menggalakkan klien menyatakan masalh, isu atau apa-apa sahaja yang mengganggu fikiran klien.
3) Penetapan matlamat
Fokus kepada matlamat-matlamat klien
4) Penerokaaan
Meneliti alternatif, konfran ketidakkongruenan dan konflik serta menceritakan semula.
5) Penamatan
Generalisasi dan melakukan sesuatu pembaharuan atau perubahan, segala yang telah dipelajari akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian, membuat perancangan dan akhir sekali memberi sokongan kepada klien.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, proses kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses kaunseling ini bermula dengan menbina hubungan, membuat penstrukturan, penerokaan, mengenalpasti masalah, mencari alternatif dan memilih, melaksanakan pemilihan dan penamatan.



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?