Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Refleksi (1) Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia


Pandangan tentang isu kesihatan mental sebelum ini

Pada pandangan saya,kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia kini semakin meruncing.Di mana-mana kita boleh melihat terdapatnya individu yang mengalami penyakit mental yang saya dan orang lain sebut ‘gila’. Secara mudahnya saya menganggap mana-mana orang yang kelihatan berbeza dan tidak berlaku seperti orang lain adalah gila.Contohnya saya mempunyai persepsi dan mentaliti negatif apabila melihat seseorang berjalan bersendirian di jalan-jalan dengan tingkah laku yang pelik dan menjengkelkan,atau tidur di tepi jalan dengan pakaian yang busuk dan buruk,saya akan menganggap dan memanggil mereka adalah orang gila.Selain itu,saya juga berpendapat penyakit mental tidak boleh disembuhkan.Hal ini kerana saya tidak pernah mendengar kes yang mana pesakit mental sembuh dengan sempurna walaupun selepas berjaya keluar dari hospital bahagia setelah bertahun-tahun mendapat rawatan yang berterusan.Sekiranya tidak bernasib baik,mereka yang malang ini akan seumur hidupnya akan berada dalam keadaan menyedihkan dan terbiar tanpa perhatian lagi.Pandangan saya yang lain pula adalah penyakit mental adalah suatu peristiwa tunggal.Tunggal disini bermaksud penyakit ini tidak berpunca daripada pengaruh lain,individu yang menderita penyakit ini mungkin dilahirkan dengan penyakit ini dan tiada harapan untul menyembuhkannya.Dengan kata lain,terdapat baka ‘gila’ dalam keluarga mereka maka lambat laun mereka akan tetap mengalami penyakit yang sama tidak mengira mereka sihat kesihatannya atau tidak.Seterusnya,saya berpendapat penderita penyakit mental harus dijauhi.Ini kerana,terlalu banyak cerita dan khabar mengenai orang yang berpenyakit mental ini boleh mencederakan orang lain dan dirinya sendiri.Contohnya terdapat kes di berita yang mana terdapat individu yang mengalami masalh mental telah membunuh keluarganya.Begitu juga terdapat beberapa mangsa gangguan orang yang berpenyakit mental ini apabila didekati orang yang kasihan kepadanya.Oleh itu,saya tidak pernah mendekatkan diri dengan mereka yang bermasalah jiwa dan berharap tidak pernah terserempak dengan mereka.Semasa mendapat tugasan melawat ke wad psikiatrik ini juga,saya pada awalnya takut dan teragak-agak kerana terbayang-bayang akan berhadapan dengan mereka yang menakutkan ini.Walaubagaimanapun,setelah diterangkan rakan-rakan dan pensyarah,Cik Amelia saya menjadi semakin tidak sabar untuk menimba pengalaman baru.Dari segi rawatan,sebelum ini apa yang saya tahu adalah mereka yang dimasukkan ke hospital gila adalah secara paksa oleh keluarga mereka atau jabatan kebajikan masyarakat yang mengutip mereka dari jalanan dan memasukkan mereka ke hospital sakit jiwa. Saya juga tidak pernah menyangka bahawa terdapat banyak kaedah dalam rawatan mental yang ada. Setahu saya,rawatan yang ada hanyalah kaunseling atau berjumpa dengan psikiatris,rawatan menggunakan rencatan elektik yang mana bagi saya,sedikitpun tidak memberi kesan dan kebaikan kepada pesakit. Kesannya adalah hanya memburukkan keadaan dan membuatkan orang itu semakin gila selepas terkena kejutan elektik itu..

Dibawah adalah beberapa keping gambar sebagai lampiran..












No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?