Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Peringkat-peringkat kaunseling



PERINGKAT PERMULAAN
Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

PERINGKAT PERTENGAHAN
Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. 

PERINGKAT AKHIR
Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut

Just jokes

No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?