Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Perbezaan antara nasihat, bimbingan dan kaunseling.


Nasihat , bimbingan dan kaunseling merupakan jenis-jenis pertolongan yang terdapat di dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Bimbingan merupakan bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang normal, di mana mereka ini sedang  mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari aspek mental, fizikal, emosi, sosial, intelek, kejiwaan dan kerohanian. Di samping itu, proses ini akan menghasilkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu tersebut sehingga dia mampu menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa kini dan masa hadapan.

Berdasarkan Akta Kaunselor (1998), kaunseling didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan, dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Selain itu, terdapat beberapa pekara penting yang boleh diambil dari definisi yang dinyatakan oleh American Counseling Association iaitu kaunseling adalah profesion, ia berkaitan denagn kesejahteraan, pertumbuhan, personal,kerjaya, dan patalogi. Ia dijalankan ke atas  individu yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah dan proses ini adalah berasaskan teori. Proses ini melibatkan perkembangan dan intervensi dan juga mempunyai pelbagai kepakaran.

Nasihat merupakan pendapat yang diberikan kepada seseorang tentang perkara yang sepatutnya mereka lakukan terutamanya apabila anda lebih mengetahui tentang pekara itu berbanding dia. Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, nasihat adalah ajaran, petunjuk yang baik dan peringatan. Bermakna kita member peringatan atau mengajar seseorang tentang sesuatu perkara yang baik.

Secara ringkasnya, disini dapat dijelaskan bahawa bimbingan merupakan perkhidmatan yang diberikan dengan membantu seseorang individu itu membuat pilihan menurut nilai dirinya, misalnya pelajar keliru dalam membuat pilihan kursus untuk ke universiti, manakala kaunseling pula membantu seseorang itu dalam membuat perubahan misalnya masalah pelajar yang kerap ponteng sekolah. Tambahan pula, bimbingan berlaku di sekolah yang mana guru membantu pelajar membuat keputusan dalam bidang pengajian (vokasional). Namun kini, bimbingan adalah merupakan satu bahagian dari keseluruhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Selain itu, nasihat boleh diberikan oleh sesiapa sahaja termasuk orang yang tidak dikenali, kaunselor, rakan, guru dan lain-lain namun perkhidmatan kaunseling hanya dapat dilakukan oleh kaunselor yang berdaftar di bawah Akta Kaunseling 580 sahaja. Bimbingan pula boleh dilakukan guru, rakan , kaunselor, dan keluarga.




1 comment:

Ok tell me how do u feel about that?