Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Pengalaman saya menjadi klien kepada bakal kaunselor ::Shuhada Muslim::

Tarikh :
Kali pertama saya akan berjumpa kaunselor.Walaupun bukan kaunselor yang sebenar tetapi kaunselor pelajar sem 4,saya rasa berdebar dan rasa tak yakin dengan kaunselor ini.Tujuan saya setuju untuk berjumpa kaunselor ini adalah untuk menimba pengalaman baru di mana saya tidak pernah diberi kaunseling atau meminta khidmat kaunseling daripada sesiapa.Saya sebenarnya seorang yang tidak suka menceritakan masalah saya kepada orang lain kerana saya tidak suka dilihat sebagai seorang yang bermasalah.Walaubagaimanapun,saya sedar bahawa saya juga perlu sekali sekala untuk bercerita tentang luahan hati saya ini dan saya rasa saya perlu bercakap dengan seseorang.Semasa kaunselor sem 4 ini menawarkan khidmatnya,saya terus sahaja setuju.Lagipun saya tengok dia sangat baik dan mesra orangnya.Saya masuk ke billik rakaman sesi kaunseling dengan perasaan agak berdebar.Tapi cara kakak kaunselor ini membuatkan saya rasa yakin dan bersedia.

Semasa proses kaunseling yang pertama,saya dapat lihat bahawa kaunselor saya ini membinga hubungan yang baik dengan saya sehinggakan saya rasa kami sudah lama kenal dan bersahabat.Walaubagaimanapun masih ada perasaan malu-malu dalam diri saya.Semasa menyatakan masalah saya,mulanya saya seolah-olah menyembunyikan sesuatu namun mungkin menggunakan kemahiran yang dia ada,saya menjadi berterus terang tentang masalah saya.Contohnya pada mulanya saya menceritakan tentang masalah saya dengan sekumpulan rakan sekelas,lama kelamaan kakak kaunselor ini dapat membongkar rahsia saya iaitu mengenai salah satu prinsip saya.Sebenarnya saya tidak suka orang tahu tentang prinsip ini namun akhirnya terbongkar juga.Tapi saya rasa berbaloi rahsia ini diketahui sebab individu yang mengetahui perkara ini adalah seorang yang berjanji akan merahsiakan perkara ini walaupun sesi kami dirakam.Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi nak memahami saya dan tidaklah beban kepada saya untuk simpan sendiri. Sesi kaunseling kami terus berjalan dengan lancar sehinggalah masa cukup.Apabila dikatakan masa cukup tu saya masih belum puas untuk bercerita dan berbual dengan kaunselor tetapi kami berjanji untuk melakukan sesi yang kedua.Di sini saya rasa sangat tertanya-tanya tentang masalah saya ini dan tidak sabar untuk menunggu ke sesi kedua.

Recording. Tp masa nie sy dgn kwn sdg berlatih bt sesi rakaman.

Tarikh : 
-sesi kedua
Pada sesi ini saya rasa saya ada terlupa tentang perkara-perkara yang telah saya ceritakan.Tetapi kakak kaunselor telah mengingatkan saya kembali mengenai hal itu dan saya dapat meneruskan cerita saya.Pada sesi ini saya sendiri dapat mengenalpasti masalah saya yang sebenarnya melalui pendedahan dan gambaran yang kakak kaunselor berikan.Kakak kaunselor sangat hebat bagi saya kerana dapat mengenalpasti masalah saya yang sebenarnya.Dalam sesi ini juga kaunselor menggunakan cara menulis di kertas sebagai cara untuk membuka minda saya.Melalui cara ini,iaitu menulis situasi dan kesan serta beberapa aspek lagi,saya dapat melihat situasi yang saya alami pada masa itu.Ia memberi saya gembaran yang jelas dan membuatkan saya menjadi faham akan situasi sebenar saya.Lebih berkesan lagi adalah apabila kakak kaunselor bertanya sama ada saya mempunyai adik atau tidak dan memang saya mempunyai adik.Kakak kaunselor kemudiannya meletakkan adik saya sebagai saya dalam situasi ini dan cuba membuka fikiran saya.Disini lah saya dapat membuka minda saya sedikit demi sedikit tentang masalah prinsip saya itu.Peranan ini sangat berkesan buat saya dan saya sangat berterima kasih kepada kakak kaunselor kerana menyebut nama adik saya sehingga membuatkan saya mula rasa saya telah melakukan kesilapan selama ini. Setelah dilihat saya semakin celik akal kakak kaunselor menangguhkan sesi kami kepada minggu hadapan pula.Namun begitu saya diberikan sekeping kertas iaitu mengandungi tugasan yang perlu saya buat.Mulanya saya tak faham apa yang perlu dituliskan tetapi dengan bantuan kaunselor ini saya tahu sedikit demi sedikit Cuma masih tidak yakin untuk membuat tugasan tersebut.

Sorry ye saya jakun sikit masa nie. Hehe. First time ;p
Gambar kak Shu.X nampak pulak
-Sesi ketiga :
Saya sangat penat hari ini tapi saya pergi juga ke sesi kaunseling ini kerana saya sudah berjanji lagipun saya juga sudah tidak sabar-sabar untuk tahu lebih lanjut tentang masalah ini sekaligus berharap ia dapat diselesaikan dengssn betul.Seperti yang saya agak sesi kaunseling ini sangat membantu pemikiran saya yang selama ini sangat sempit mengenai prinsip hidup saya yang saya mula nampak ianya kadangkala sangat merepek dan mengarut.Kakak kaunselor telah meminta kembali tugasan tersebut dan berbincang dengan saya mengenai tugasan itu.Setelah berbincang saya dapati diri saya masih lagi ego untuk memberi pemikiran baru tetapi setelah di kaunselingkan dengan pelbagai kata-kata dan hujah yang bernas dan tidak dapat saya sangkal,saya dapati bahawa kakak kaunselor adalah betul dan membuatkan saya sendiri yang mengakui bahawa prinsip itu tidak perlu dalam hidup saya kerana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan seharian saya.Akhirnya saya mengakui tentang satu perkara yang selama ini saya cuba lawan iaitu tentang prinsip kesempurnaan.Jika sebelum ini saya tidak perasan bahawa saya ini sebenarnya terlalu mencari kesempurnaan agar dilihat sempurna di hadapan semua orang,ianya baru saya sedar bahawa perkara ini tidak perlu bagi hidup saya.Saya mendapati bahawa kesempurnaan itu tidak akan wujud dalam diri saya kerana ia adalah ketentuan dan lumrah hidup di mana Tuhan tidak memberi kita kesempurnaan tetapi menyediakan kepada kita kelebihan dan kelemahan,dan ia aka nada pada setiap orang.Sekarang saya belajar untuk menerima kekurangan itu dan menjadikan kekurangan itu sebagai satu masalah kepada saya.Saya harus lebih rasional dan berfikiran positif untuk masa sekarang dan masa hadapan.Sesi ini adalah sesi terakhir dan saya sangat berpuas hati akan kakak kaunselor yang telah berjaya mengubah prinsip saya dan mengubah persepsi saya terhadap diri sendiri.Dia benar-benar membuka mata saya yang selama ini saya tutup dan selindung dari kenyataan yang sebenar.Saya sangat berterima kasih kepada kakak kaunselor dan merindui sesi ini.
Didinding makmal

No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?