Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Latar belakang tokoh kegemaran saya :) Alfred Adler


Alfred Adler merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang adik – beradik yang terdiri daripada lima lelaki dan dua orang perempuan. Salah seorang dari adik – beradik lelakinya meninggal dunia semasa kecil. Kehidupan Adler semasa kanak – kanak tidak gembira kerana beliau sentiasa sakit dan selalu terfikir tentang kematian. Semasa Adler berumur 4 tahun, beliau hampir mati kerana penyakit pneumonia dan pada masa itu beliau membuat keputusan signifikan untuk menjadi doktor perubatan.
            Oleh kerana beliau sering sakit semasa kecil beliau dimanjakan oleh ibunya. Selepas kelahiran adiknya, beliau merasa diketepikan oleh ibunya dan mula membina hubungan rapat dengan ayahnya dan merasa tidak lagi rapat kepada ibunya. Beliau juga merasa cemburu kepada abang sulungnya yang menyebabkan hubungan beliau dengan abangnya tegang semasa kanak – kanak dan remaja beliau. Pada awal kehidupan, beliau berusaha mengatasi kelemahan zaman kanak – kanaknya dan perasaan rendah diri. Adalah jelas pengalaman dalam keluarga memberi impak terhadap pembentukan teorinya. Walau bagaimanapun, beliau adalah contoh seorang yang menentukan kehidupannya bukan ditentukan oleh nasib.
            Adler adalah pelajar yang lemah dan oleh itu gurunya menasihatkan ayahnya bahawa beliau hanya layak menjadi pembuat kasut. Dengan keazaman Adler akhirnya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan meneruskan pengajian beliau di Universiti Vienna untuk menjadi doktor perubatan sebagaimana yang dicita – citakan olehnya. Selepas itu beliau mempraktikkan ilmu perubatan sebagai pakar sakit mata secara persendirian di kliniknya dan bertukar kepada praktik umum. Akhirnya beliau mengkhusus dalam bidang neurologi dan psikatri dan mempunyai minat untuk mengubati penyakit kanak – kanak yang tidak dapat diubati.
            Adler mempunyai keperhatian yang mendalam kepada orang biasa. Beliau menyatakan minat sosialnya dengan bercakap secara lantang tentang hal – hal berkaitan didikan anak – anak, reformasi sekolah dan prejudisnya yang akhirnya mendatangkan konflik kepada dirinya. Beliau bercakap dan menulis dengan bahasa mudah supaya orang awam dapat memahami dan mengaplikasikan prinsip – prinsip Psikologi Individunya. Selepas berkhidmat di dalam Perang Dunia Pertama sebagai pegawai perubatan, beliau membina beberapa klinik membimbing kanak – kanak di sekolah awam Vienna serta mula melatih guru, pekerja sosial, ahli fizik dan ahli profesional lain. Beliau mempelopori bidang pengajaran secara profesional melalui demonstrasi secara live dengan ibu dan kanak – kanak yang menjadi audien beliau. Klinik yang diasasnya bertambah banyak dan menjadi popular dan beliau sebagai pensyarah untuk mendemostrasi kerja – kerjanya.
            Kehidupan Adler sentiasa sibuk dengan kerja – kerjanya tetapi beliau mencari masa untuk menyanyi dan menikmati muzik serta bersama kawan – kawannya. Beliau tidak menghiraukan amaran kawan – kawannya untuk mengurangkan kerjanya. Pada pertengahan 1920 – an beliau mula memberi kuliah di Amerika secara kerap. Jadual masanya yang ketat berterusan. Pada 28 Mei 1937 semasa berjalan sebelum memberi kuliahnya di Aberdeen Scotland, beliau rebah lalu meninggal dunia akibat jantungnya gagal berfungsi.          

No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?