Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

KOD ETIKA KAUNSELING


Pengenalan

v  Bertujuan untuk menyediakan garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang dianggap menyeleweng daripada piawaianperlakuan profesional.
v  Kod ini berasaskan nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada penghargaan kendiri, igniti dan keunikan individu termasuk hak dan peluang mereka.
v  Kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh sesuatu profesion.
v  Kod etika merupakan satu alat bantuan dalam usaha membuat kata putus berkaitan dengan isu etika. Contohnya, hak klien, kerahsiaan dsb.

ETIKA
HUBUNGAN KAUNSELOR DAN KLIEN
v  Kaunselor hendaklah menghormati intergriti dan kebajikan klien.
v  Maklumat yang diperolehi hendaklah dirahsiakan kecuali ianya boleh membahayakan klien dan orang sekeliling.
v  Kaunselor hendaklah mendapatkan persetujuan daripada klien apabila menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan klien kepada pihak ketiga.
v  Kaunselor hendaklah berusaha memahami dan menghormati latar belakang  sosiobudaya klien.
v  Kaunselor juga bertanggungjawab untuk melindungi klien daripada ancaman fizikal dan trauma psikologi.
v   Kaunselor mesti menghormati privasi klien dalam sesi kaunseling.
v  Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan emosi, seksual atau kewangannya.

TATALAKU KAUNSELOR
v  Kaunselor hendaklah menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi menjaga piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor.
v  Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
v  Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, berdedikasi, jujur, ikhlas selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR KEPADA RAKAN PROFESIONAL
v  Kaunselor hendaklah menghormati rakan profesionalnya.
v  Kaunselor hendaklah mencegah, menzahir dan memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.
v  Kaunselor hendaklah bersedia mempertahankan, membantu serta membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan  perlakuan yang tidak beretika.

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT
v  Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati nilai sosiobudaya masyarakat ditempat dia berkhidmat.
v  Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dalam melaksanakan tugasnya.

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
v  Kaunselor hendaklah mematuhi segala perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi.
v  Kaunselor hendaklah mematuhi polisi dan prosedur organisasinya serta berusaha meningkatkan kecekapan.
v  Kaunselor hendaklah bertindak mencegah diskriminasi dalam organisasi.
v  Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber dalam organisasi.
v  Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN
Pengiklanan
v  Kaunselor hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara professional dengan memberikan maklumat yang jelas sebagaimana yang terdapat dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Kaunselor Berdaftar ( Kelakuan dan Tatatertib) 1999.
v  Kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi, tidak dibenarkan menggunakan nama organisasi untuk mengiklankan perkhidmatan persendiriannya.
Pentadbiran
v  Kaunselor hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 dan peraturan-peraturannya.
Bayaran (fee)
v  Kaunselor hendaklah memberitahu klien terlebih dahulu kadar fee yang dikenakan sebelum memberi khidmat kaunseling.
v  Fee yang dikenakan hendaklah selaras dengan kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor.

PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
Etika Penyelidikan
Ø  Memelihara kesejahteraan dan kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan
Ø  Membuat pengawasan yang sewajarnya bagi mengelak sebarang masalah
Ø  Kaunselor harus memastikan etika ini dipatuhi oleh pembantu penyelidik dan mereka yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan
Persetujuan Subjek
ü  Penyertaan dalam penyelidikan mestilah secara sukarela
ü  Dalam kajian yang menggunakan kaunseling sebagai subjek, mereka harus dimaklumkan dengan jelas mengenai kaedah,tujuan, serta kesan yang akan dirasai oleh klien.
ü  Semasa kajian, penyelidik perlu menggunakan teknik memberi maklumat (withbolding information) atau teknik salah maklumat (misinformation)
ü  Sebelum kajian, perkara berikut perlu diambil kira;
-          Teknik yang digunakan harus sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau terapan
-          Tidak ada prosedur alternatif yang lebih wajar
-          Subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat mungkin
ü  Subjek kajian yang melibatkan kanak-kanak atau OKU perlu dapat persetujuan bertulis penjaga mereka dan mengambil langkah keselamatan untuk keselamatan subjek
ü  Semasa kajian dijalankan, maklumat peribadi hendaklah dirahsiakan kecuali dengan persetujuan subjek. Sekiranya berkemungkinan akan diketahui oleh orang lain, prosedur bagi memperoleh persetujuan perlu diterangkan.
Penerbitan
·         Kaunselor bertanggungjawab mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hakcipta
·         Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap
·         Apabila memberi maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal, kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek
·         Apabila menerbitkan laporan kes, identiti klien hendaklah tidak dinyatakan untuk menjamin kerahsiaan

PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Kaunselor mestilah patuh pada peraturan mengenai ujian yang terdapat dalam peraturan 7 Bahagian II Peraturan-peraturan Berdaftar (Kelakuan dan Tatatertib) 1999.

PRINSIP ETIKA
v  Prinsip autonomi
-Melibatkan usaha seseorang bertindak secara bebas berasaskan nilai dan kata putusnya
-Prinsip ini juga melihat seseorang itu mempunyai keterampilan minda dan boleh membuat sesuatu kata putus secara rasional.
v  Prinsip Membuat Kebaikan (Beneficience)
-Membuat kebaikan berasaskan niat melakukan sesuatu dengan niat yang bersih dan hasrat yang murni
v  Persetujuan Termaklum (Informed Consent)
-Menuntut agar seseorang yang berkepentingan diberitahu tentang tujuan sesuatu perkara  dijalankan berkaitan dengan dirinya. Klien berhak mengetahui prosedur asas yang mereka perlu lalui berkaitan proses pertolongan yang akan dijalankan.
v  Keselamatan Klien (Non-Malaficence)
-Klien tidak wajar didedahkan kepada sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.
-Prinsip ini merangkumi dua aspek yang berkaitan dengan mencederakan secara sengaja ataupun mewujudkan situasi yang berisiko menghasilkan kecederaan
-Jadi, kaunselor perlu prihatin mengatur prosedur agar proses kaunseling tidak secara sengaja mendatangkan risiko diri dan keselamatan klien atau masyarakat.



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?