Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PENTING DALAM KAUNSELING YANG BERKESAN


Terdapat  5 kemahiran yang penting dalam kaunseling yang berkesan.Antaranya ialah ;

1.Kemahiran komunikasi

Menurut Harnack dan Fest (1964),dalam Williamson (1985) yang menganggap komunikasi sebagai proses aksi antara seseorang individu untuk tujuan integrasi intrapersonal dan interpersonal.
Ini bertujuan agar individu mempunyai keyakinan diri,pandai mengambil hati,mesra dan menggunakan ayat dan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
Proses komunikasi haruslah berkesan supaya maklumat yang disampaikan dapat ditafsirkan dengan betul.Oleh itu kedua-dua pihak haruslah memberi perhatian penuh pada proses komunikasi kerana proses ini adalah proses dua hala.
Komunikasi melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan
Ivey(1993) – kepentingan menguasai unit-unit kemahiran berkomunikasi adalah bagi berinteraksi dengan klien secara berkesan dan bebas.




2.kemahiran melayan

-Berlaku pada awal sesi iaitu ketika klien memasuki ke bilik kaunseling.
-Menjemput klien masuk ke dalam bilik dengan cara yang mesra seperti memegang tangan klien bagi menjemputnya masuk.(mengikut jantina bagi mengelakkan perasaan curiga klien)
Ivey(1999)- Kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau permasalahan mereka dan  dapat membantu individu yang kurang aktif dlm komunikasi. Komponen yang diberikan perhatian adalah seperti berikut :
1.Gestur badan
2.Kontak mata
3.Ekspresi muka
4.Mengikuti dan cuba memahami klien
5.Galakan dalam perbincangsan
6.Elakkan melabel dan menilai.

3.Kemahiran mendengar

Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1993),kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak masa mendengar daripada menyampuk ataupun berkata.Beliau menumpukan sepenuh perhatiannya kepada klien.
Menurut Mohd Salleh(1993) dan Yee(1997),mendengar terbahagi kepada tiga ;
1.Mendengar dengan perasaan
2.Mendengar dengan psikologi
-Menyediakan suasana komunikasi serta menumpukan perhatian pada mesej atau isi yang disampaikan oleh klien.
3.Mendengar dengan fizikal
-Menumpukan pendengaran dan penglihatannya kepada klien.
-Dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat kaunselor serta menjalin kemesraan antara kaunselor dan klien.
Menurut Sapora dan Wan Anor (2002)
Kemahiran mendengar adalah kemahiran asas dalam proses membantu.Kaunselor memerlukan daya pendengaran dan perhatian yang kuat bagi mendengar maklumat yang disampaikan oleh klien.Cara-cara menunjukkan ketersediaan kaunselor bersama klien adalah ;
1.Menyatakan semula
2.Menggambarkan semula
3.Memberikan respons



4.Kemahiran-kemahiran bukan lisan

Menurut Maznah dan Zainal(2003),menjelaskan komunikasi bukan lisan adalah mesej yang disampaikan bukan melalui tutur kata tetapi melalui ekspressi muka,kontak mata dan gerak geri.komunikasi bukan lisan harus selaras dengan verbalnya.
Antara kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam komunikasi bukan lisan;
1.senyuman
-dapat meredakan emosi klien
2.kontak mata
-Sapora(2002) ; membolehkan kaunselor memberi tumpuan,menunjukkan minat,tanda hormat,menimbulkan rasa penerimaan,percaya-mempercayai dan sebagainya.
3.posisi badan
-Menurut Mehrabian(1967),posisi yang sesuai adalah dengan kaki di lantai,badan agak ke hadapan sedikit,dan tangan yang terbuka menunjukkan kesediaan kaunselor.
4.kedudukan dan jarak
-Ibrahim (2002) menyediakan jarak ruang untuk berkomunikasi yang sesuai dan selesa iaitu bergantung kepada agama,jantina,umur,budaya,dan latar belakang kaum serta tajuk perbincangan.
Contoh skrip :
Kaunselor : adakah Lisa selesa dengan kedudukan kita sekarang ?
Klien          :  ya,saya agak selesa.
5.ekspresi muka
-Ibrahim (2002) kaunselor perlu memperlihatkan ekspresi wajah yang ceria dan meyakinkan klien.Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan rasa kurang senang klien.
6.tahap tenaga
- merujuk kepada ‘mood’ dan keadaan kaunselor mengendalikan sesi kaunseling.tahap tenaga adalah pancaran rasa kesedian kaunselor dalam melayan atau menerima klien.
7.sentuhan
-untuk menunjukkan kasih sayang seseorang kepada orang lain.namun dalam situasi kaunseling,sentuhan hanya bagi menunjukkan kemesraan kepada klien bagi mempersilakan masuk ke bilik kaunseling.sentuhan merangkumi tindakan minima seperti berjabat tangan,menepuk,mengurut,memegang dan memeluk.(tidak boleh menyentuh tangan atau memegang bahu klien yang berlainan jantina)
8.nada suara
-Ibrahim (2002),intonasi suara iaitu kepekaan kaunselor dalam memahami intonasi suara klien yang melambangkan emosinya tentang suatu masalah yang dibincangkan.intonasi suara merangkumi aspek ketinggian atau kelembutan suara dan kelajuan sesuatu sebutan perkataan.
9.pergerakan kaki tangan
- kaunselor perlu memerhatikan pergerakan klien kerana apabila klien cemas,kadangkala mereka akan menggoyang kaki atau tangannya dengan tidak henti-henti.jadi,kaunselor boleh memberi fokus kepada rasa cemas klien.
10.warna dan cara pakaian
-apabila kaunselor berpenampilan  menarik,ia memberi gambaran dan imej yang baik kepada dirinya.cara berpakaian adalah mengikut norma-norma tempatan supaya tidak keterlaluan.
Penampilan seperti minyak wangi yang terlalu kuat,berpakaian yang menjolok mata,atau berbau badan akan mengganggu tumpuan klien dalam sesi .


5.kemahiran lisan

Maznah dan Zainal ( 2003) komunikasi bukan lisan adalah interaksi tutur kata secara timbal balas di antara pembimbing dan klien dalam memahami dunia klien dengan lebih jelas.
Antara komunikasi lisan dalam kaunseling adalah seperti berikut.
1.dorongan minima
-contoh ; ‘jadi..’ atau ‘emm..’
2.parafrasa
-ialah respons kaunselor selepas mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien.
3.refleksi
-bayangan semula tentang perasaan terhadap isi percakapan klien.perasaan yang tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien.kaunselor akan menyebut semula apa yang sudah diperkatakan oleh klien dalam satu rangkaian yang pendek dan padat.
4.merumus
-kaunselor menyatakan semula bahagian isi dan perasaan penting yang diperkatakan klien.
5.kemahiran menyoal
-soalan terbuka : jenis soalan yang menggalakkan perbincangan yang panjang lebar.tidak memerlukan jawapan yang khusus.
Soalan tertutup : soalan yang menghadkan jawapan kepada satu ataupun beberapa perkataan sahaja.
6.konfrantasi
-satu teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien.
-supaya klien tidak berdiam diri.
7.kemahiran mengatasi kesenyapan klien
-kesenyapan membawa makna seperti kecewa,marah atau enggan berkongsi sesuatu.kaunselor perlu memberi masa kepada klien untuk melihat ke dalam dirinya.
8.memberi fokus
-supaya persoalan klien dapat diberi perhatian dan menghalang klien bercerita keluar daripada tajuknya.
9.bimbingan langsung.
-memberi tunjuk ajar dan panduan kepada klien bagi membantu klien membuat sesuatu keputusan.

Kesimpulannya,semua kemahiran-kemahiran ini sangat penting dalam melahirkan kaunselor yang professional dan proses kaunseling yang berkesan.



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?