Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Kaedah & Kesan yang digunakan untuk membantu pelajar di Raudhatul Sakinah

 Pada sem 2 yang lepas kami mengadakan lawatan sambil menyiapkan tugasan di Pusat Penjagaan Remaja Puteri Raudhatul Sakinah. Selangor.
Pensyarah pengiring : En.Anuar




Doa

     Kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar Raudhatul Sakinah ialah kaedah melalui pendekatan agama islam.Kaedah yang digunakan  berunsurkan agama kerana pelajar-pelajar ini perlu dibukakan mata mereka untuk kembali ke pangkal jalan setelah mereka melakukan kesilapan dan melanggar agama sebelum ini.Kaedah ini adalah untuk membantu pelajar supaya dapat menghayati ajaran agama islam yang sebenar yang mana agama ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan yang sama berulang kali dan memberi peluang mereka untuk bertaubat dengan betul.Kaedah utama dalam proses membantu mereka adalah melalui pendekatan rohani,farhu ain,hadis,dan aqidah.Dalam perkara ini,aspek yang paling penting adalah solat.Hal ini adalah memandangkan perkara solat adalah merupakan asas kepada pegangan agama.Solat sangat dititikberatkan memandangkan ia adalah tiang agama dan sekiranya tiang agama ini roboh,individu atau dalam kes ini iaitu pelajar akan lari daripada agama yang sebenar. Selain itu, puasa sunat iaitu pada hari isnin dan khamis diwajibkan kepada semua ahli termasuk remaja yang mengandung. Hal ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengganti semula puasa yang telah lama ditinggalkan tanpa alasan.
Mereka juga mempunyai waktu yang ditetapkan untuk melakukan aktiviti ‘outdoor’ dan aktiviti hiburan secara betul dengan bernasyid. Selain itu,pihak pengurusan raudatul sakinah juga menggunakan kaedah rekreasi atau beriadah.Biasanya mereka akan beriadah disekitar rumah mereka bersama-sama dengan pengawasan warden atau staff Raudhatul Sakinah.

Bayi suci..
     Dari segi emosi,pelajar-pelajar Raudhatul Sakinah ini diberi santapan emosi dengan adanya waktu untuk mereka diberi kaunseling dan pendekatan motivasi.Terdapat beberapa pihak atau pasukan sukarelawan yang sudi menyumbang khidmat kaunseling kepada mereka ini agar mereka tidak berasa rendah diri atau putus asa dalam menjalani hidup mereka semasa dalam latihan dan selepas keluar dari rumah Raudhatul Sakinah ini.Pihak Raudatul Sakinah  menyediakan khidmat bimbingan bina diri kepada penghuni-penghuni tersebut secara kolektif. Bimbingan ini lebih menjurus kepada pendekatan kaunseling individu dan juga kaunseling kelompok. Kaedah ini juga turut melibatkan sesi motivasi yang dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan ini.
Kemahiran diri juga diberikan kepada remaja-remaja yang menghuni Raudhatul Sakinah ini.Tujuannya,agar mereka dapat belajar  kemahiran diri yang baru.Contohnya mereka diajar untuk menjahit,membuat kraftangan dan memasak.Namun begitu,sejak akhir-akhir ini aktiviti kemahiran ini sudah jarang dilakukan dan tidak dilaksanakan dengan serius lagi kerana ianya boleh mengangu fokus pelajar yang asalnya berfokus kepada aktiviti dan pendekataan agama.

Kami diberi peluang mewancara penghuni disini
Pengalaman baru kami
     Perjalanan harian mereka ini bermula pada jam 3 pagi iaitu mereka akan bangun untuk melakukan ibadat kiamullai.Mereka akan mengerjakan solat tahajjud secara berjemaah,berzikir dan solat sunat taubat  sehingga pukul 5 pagi.Kemudian,mereka akan diberi waktu untuk mandi,berehat atau tidur sekejap selepas kiamullai tersebut.Setelah azan subuh mereka akan berjemaah pula untuk solat subuh.Mereka juga akan dipastikan membaca atau tadarus Al- Quran dan membaca tafsir Al-Quran serta maksurat secara beramai-ramai.Disini dapat kita lihat bahawa raudatul sakinah mengajar kembali asas-asas kehidupan yang perlu ada pada setiap individu atau pelajar-pelajar ini.Bermula pada jam 7,mereka melakukan tugas-tugas rumah mereka iaitu ada yang ditugaskan memasak,mencuci pakaian,mengemas rumah,menyapu dan sebagainya bersama-sama.Pada pukul 9 mereka telah siap memasak dan melakukan tugasan lain,kemudian mereka akan bersarapan bersama-sama.Selepas makan,mereka akan bertadarus bersama-sama.Pada jam 11 hingga 12.30 tengahari,mereka akan diberi rehat.Selama sejam ini mereka boleh melakukan perkara sendiri seperti tidur atau merehatkan minda.Selepas bangun,mereka akan makan tengahari bersama-sama.Selepas makan,mereka akan kembali bertadarus beramai-ramai.Biasanya mereka akan membaca Al-Quran dengan suara yang kuat dan berpadu.Pada malam hari pula,mereka akan solat berjemaah.Seterusnya,aktiviti mereka berakhir pada jam 11 malam di mana merela akan dibenarkan tidur.Tambahan lain tentang jadual mereka adalah pada hari isnin kdi mana pada hari isnin mereka akan menerima tetamu iaitu sukarelawan yang akan mengajar mereka sirah,akidah,Al Quran dan sebagainya.Di samping ajaran agama,mereka akan diberi kaunseling secara individu dan secara kaunseling kelompok.


Mendengar klien berkongsi cerita lama..
Yang baik jadikan teladan..
     Jika diteliti, sebenarnya aktiviti harian mereka sangat padat dan banyak dipenuhi dengan amalan-amalan berbentuk kerohanian. Sebenarnya ianya adalah satu usaha untuk memberi mereka ilmu pengetahuan dengan cara menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Dengan cara ini, mereka tiada masa untuk berfikir tentang perkara yang telah mengganggu hidup mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerangka jadual aktiviti harian mereka yang cukup padat  bermula  jam 3.00 pagi sehinggalah jam 11 malam.Di bawah adalah ringkasan mengenai jadual rutin harian mereka secara lebih jelas ;

3.00 pagi: Qiamullai- zikir, solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat.
5.00 pagi: mandi, rehat, tidur sekejap
6.00 pagi: solat subuh berjemaah, membaca al-Quran, tafsir, dan maqthurat secara beramai-   ramai
7.00 pagi: buat tugasan harian secara berkumpulan seperti masak, kemas rumah dan sidai pakaian
9.00 pagi: sarapan dan tadarus (jika ada sukarelawan datang,aktiviti tadarus diganti dengan ceramah berkenaan akidah, sirah dan sebagainya.)
11.00 pagi: rehat
12.30 tengahari: makan tengahari, solat zohor berjemaah
2.30 petang: ta’alim dan tadarus al-Quran
4.30 petang: solat asar berjemaah, aktiviti riadah
6.00 petang: makan malam
6.30 petang: zikir
7.30 malam: solat maghrib berjemaah, kuliah agama
8.30 malam: solat isyak berjemaah, mengaji al-Quran
11.00 malam: tidur


2.Kesan dari kaedah yang dilakukan

     Kesan dari kaedah yang digunakan oleh mereka ialah mereka dapat kembali kepangkal jalan dan sedar akan kesilapan yang selama ini mereka lakukan.Kesannya,keyakinan diri pelajar kembali meningkat dan mereka tidak lagi berasa tidak tentu arah atau mengalami kebimbangan yang serius di atas kesilapan yang mereka perbuat. Melalui pendekatan yang dilaksanakan, para penghuni Raudatul Sakinah dilihat semakin baik dan menunjukkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan pendekatan tersebut sangat membantu mereka menjadi diri mereka semula. Contohnya terdapat pelajar yang menghuni Raudatul Sakinah selama dua bulan mengatakan kaedah yang digunakan di Raudatul Sakinah sangat memberi kesan kepada dirinya. Dia menyatakan bahawa sekiranya di rumah, dia tidak menunaikan solat dengan betul tetapi apabila berada di pusat pemulihan tersebut sangat membantunya untuk kembali solat dengan cara yang betul di samping pendekatan-pendekatan lain yang digunakan. Jadi melalui respon yang baik daripada penghuni Raudatul Sakinah sendiri telah menunujukkan keberkesanan bagi kaedah-kaedah yang dijalankan. Dengan kata lain, para penghuni merasakan mereka juga lebih bermotivasi kerana telah kembali ke jalan yang benar.

3.Penerimaan ibu bapa/keluarga setelah mendapat bantuan daripada Raudhatul Sakinah
     Penerimaan ibu bapa atau keluarga setelah mendapat bantuan dari Raudhatul Sakinah adalah sangat baik dan positif. Biasanya, pihak keluarga sendiri yang menghantar anak mereka ke Raudatul Sakinah. Jadi semstinya mereka mahu yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka. Penerimaaan positif ini didapati apabila  ibu bapa dan keluarga mereka telah dapat melihat perubahan baik akhirnya berjaya dicapai oleh anak mereka. Kebanyakan daripada mereka amat berterima kasih kepada pihak Raudatul Sakinah atas khidmat bakti yang diberikan sehingga anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah sesuatu yang sangat bernilai dan tidak dapat disamakan dengan wang ringgit.


4. Kes berulang

     Sementara itu,kes yang berulang dan pelajar terpaksa balik ke Raudhatul Sakinah pula tidak didapati disebabkan oleh rumah Raudhatul Sakinah ini tidak menerima pelajar yang mengalami kes berulang.Setakat ini, pihak pengurusan Raudatul Sakinah memang tidak menerima kes yang berulang kerana peluang untuk masuk ke pusat pemulihan itu hanya diberi sekali sahaja untuk mereka. Justeru itu, apabila tamatnya tempoh pemulihan bagi penghuni-penghuni tersebut, maka mereka akan meneruskan kehidupan di dunia luar dengan bwerbekalkan amalan-amalan dan nilai-nilai agama yang telah setahun lebih mereka terapkan kepada penghuni-penghuninya. Kehidupan bekas penghuni selepas keluar adalah seperti biasa berbekalkan ilmu dan kemahiran yang telah diterapkan sepanjang mereka berada di Raudatul Sakinah. Sungguhpun begitu terdapat juga kes di mana seorang bekas penghuni Raudatul Sakinah meminta pertolongan dari pihak pengurusan di situ untuk memperoleh sokongan hidup disebabkan faktor persekitaran dan keluarga yang tidak membantu. Pihak Raudatul Sakinah masih berhubung dengan bekas penghuni supaya mereka dapat merasakan bahawa masih ada lagi insan yang akan membantu mereka untuk meneruskan hidup di dunia luar yang penuh mencabar ini.


5. Pengurusan bayi yang dilahirkan
     Untuk kes bayi yang dilahirkan pula,pengurusan yang dijalankan adalah dengan cara membenarkan ibu menyusu dan menjaga bayi tersebut selama dua minggu.Kemudian bayi tersebut akan diserahkan kepada keluarga angkat yang sedia menjaga bayi tersebut.Keluarga angkat ini telah di temuduga terlebih dahulu sebelum mereka diberi kepercayaan untuk menjaga bayi yang tidak berbapa ini. Pemilihan keluarga angkat ini akan dibuat dengan terperinci iaitu melalui sesi temuduga dan ada syarat-syarat tertentu. Antara syarat tersebut ialah pasangan suami isteri itu perlu sudah berkahwin untuk beberapa tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, mempunyai pendapatan yang stabil atau berkemampuan serta tidak mempunyai anak kandung. Temuduga ini sangat wajib memandangkan pihak Raudhatul Sakinah semestinya mahukan penjagaan yang terbaik kepada bayi tersebut di samping mahu memastikan bayi tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terbaik.Ibu bayi tersebut,iaitu pelajar-pelajar yang dihantar ke Raudhatul Sakinah ini tidak dibenarkan berjumpa dengan anak tersebut lagi kerana dikhuatiri fikiran mereka akan berubah lalu mencari bayi mereka kembali.Pelajar ini juga tidak dibenarkan untuk memiliki atau menyimpan nombor telefon atau alamat rumah keluarga angkat bayi mereka.Hal ini kerana ia dikhuatiri akan mendorong pelajar ini untuk mendapatkan atau menuntut kembali anak mereka setelah keluar dari Raudhatul Sakinah ini. Walaubagaimanapun,pelajar ini akan diberitakan tentang bayi mereka yang telah menjadi ‘anak’ orang lain ini dengan pemberitahuan oleh pihak Raudhatul Sakinah dan dengan cara dikirimkan gambar bayi mereka tersebut.Dengan cara ini pelajar akan tahu dan dapat tenang kerana masih mendapat berita mengenai anak mereka dan dapat melihat gambar anak mereka yang sihat melalui kiriman gambar tersebut. Ibu kandung atau penghuni Raudhatul Sakinah ini terlebih dahulu diberi celik akal atau motivasi tentang pengurusan ini di mana penyerahan anak mereka kepada keluarga angkat ini adalah merupakan suatu pengorbanan yang terbesar dalam hidup mereka dalam memberi cahaya dan masa depan yang terbaik kepada bayi tersebut.Dengan cara ini ibu kandung ini akan di fahamkan bahawa mereka masih belum layak menjaga dan membesarkan anak mereka sendiri di sebabkan beberapa faktor yang kuat menyokong iaitu seperti anak tersebut tidak mempunyai bapa,ibu kandung mereka yang masih muda dan perlu menghabiskan masa dengan belajar dan berjaya dalam akademik,dan perlu mengejar cita-cita dan kerjaya terlebih dahulu.Kesedaran inilah yang membuatkan ibu kandung ini menerima hakikat ini sekaligus menerimanya sebagai satu pengorbanan demi insan yang masih kecil dan tidak berdosa iaitu anak yang mereka lahirkan.

Tepuk-tepuk sayang,uuummuahhh ! ;p

We have done ! ;p


Hungry..
Bye... see u again..


No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?