Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

Halangan dalam kaunseling dan bagaimana cara mengatasinya?


Halangan yang besar dalam kaunseling adalah komunikasi tidak berkesan antara kaunselor dan klien. Antara halangan komunikasi yang wujud adalah seperti;

Ø  Bersifat memerintah atau mengarah
Ø  Mendengar secara memilih
Ø  Kerap mencelah atau menyampuk
Ø  memberi amaran
Ø  mudah mengkritik
Ø  Fikiran yang menerawang
Ø  Menyindir dan memuji secara berlebihan
Ø  Suka menyiasat dan membuat penghakiman awal
Ø  Terlalu kerap memberi nasihat
Ø  Gangguan luar yang menguasai pemikiran

1) Klien Resisten atau Menentang
-Bermaksud klien yang tidak mahu menerima perubahan. Menurut Brammer (1999) ciri-ciri klien menentang adalah;
·         Klien mengkritik kaunselor atau proses kaunseling
·         Klien datang lambat ataupun gagal menghadiri sesi kaunseling
·         Klien berdiam diri
·         Klien berfalsafah dan ingin menunjuk pandai dalam sesi kaunseling
·         Klien menamatkan sesi kaunseling lebih awal daripada sepatutnya.
·         Klien menggunakan jenaka yang berlebihan
·         Klien terlalu kerap menggunakan helah bela diri

2) Klien Reluctant atau Enggan         
-Klien jenis ini merupakan klien yang jika dia diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa kaunselor. Klien ini biasanya adalah klien yang dirujuk oleh orang ketiga yang berada di dalam keadaan yang kurang bermotivasi untuk berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor.
-Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenalpasti melalui gerak geri badan serta tingkah laku semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkan secara lisan atau bukan lisan.
-Menurut Sapora dan Wan Anor (2000), kaunselor perlu menangani klien yang tidak rela dan resisten melalui pelbagai kaedah. Antaranya seperti berikut:

ü  Jelaskan batas masa
ü  Jangan menganggap keengganan klien sebagai kegagalan kaunselor
ü  Kaunselor perlu mempunyai sumber dan bahan yang mencukupi
ü  Teknik-teknik seperti memujuk, konfrontasi, modifikasi tingkah laku boleh digunakan bagi klien yang tidak mengaku mempunyai masalah tetapi tidak mahu berubah danyang takut untuk berubah
ü  Mewujudkan kepercayaan dan empati serta kemesraan terhadap klien.
ü  Kaunselor mengelakkan konfrantasi dan interpretasi yang terlalu awal
ü  Jelaskan tujuan perjumpaan dan sebab klien dihantar kepada kaunselor, faedah yang didapati dalam kaunseling jika ada kesediaan bekerjasama di antara klien dan kaunselor.
ü  Berikan jaminan tentang kerahsiaan

Jadi, kaunselor perlu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersedia membantu dan mendengar apa yang dinyatakan oleh klien.

3) Pemindahan (transference) dan Pemindahan Balik (countertransference)

Ø  Transference
- Proses yang tidak disedari iaitu klien memprojek perasaan dan sikapnya kepada kaunselor ke arah individu yang signifikan di dalam kehidupan mereka.
- Berasas dari pengalaman awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengulangan dan konflik lalu.
- Ekoran dari ‘unfinished business’, klien melihat kaunselor dengan cara yang ‘distorted’.
- Melihat kaunselor dengan perasaan positif dan negatif dan masa yang lain klien meluahkan sayang, marah, berbelah bagi atau bergantung.

Ø  Isu-isu countertransference
-          Reaksi kaunselor yang tidak realistik kepada klkien yang mengganggu objektifnya.
-          Berlaku apabila keperluan kaunselor berada di dalam sebahagian besar perhubungan kaunseling atau atau bila klien mencetuskan luka lama yang belum disembuhi
-          Memberi kesan sama ada positif dan negatif dalam perhubungan kaunseling.
-          Contoh ilustrasi countertransference seperti:
·         Anda banyak persamaan dengan saya
·         Anda mengingatkan saya pada seseorang misalnya orang ketiga, pelajar nakal, mangsa penderaan ataupun kehilangan orang yang disayangi.

Secara amnya ia dikenali sebagai salah satu emosi yang terhasil daripada sebahagian rasa tidak sedar atau sedar terapis itu dan ianya muncul secara tiba-tiba hasil daripada interaksi antara kaunselor dan klien. Dalam hal ini kaunselor mungkin akan terpengaruh dengan permasalahan klien. Apabila hal ini berlaku, kaunselor akan terperangkap dalam emosi separa  sedar secara tidak langsung.



No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?