Jemput singgah blog saya..

Friday, October 19, 2012

Bibiliografi diri saya

Nama penuh saya ialah Mastura bt Mohd Yusoff.Saya dilahirkan di Hospital besar Kota Bharu,di tanah air saya negeri Kelantan pada 16.03.1990 iaitu sebagai anak ketiga dalam adik beradik saya.Jika menurut teori Adler dalam konstelasi keluarga,saya merupakan anak tengah dan merupakan anak yang selalu merasa tersepit.Menurutnya lagi,saya merasa yakin terhadap ketidakadilan kehidupan dan sering merasa tertipu serta mempunyai sifat ‘kasihan saya’ dan akan menjadi anak yang terbiar.Walaubagaimanapun teori ini tidak tepat dengan diri saya kerana saya tidak pernah merasa sedemikian malah saya merasakan bahawa saya adalah paling disayangi dan paling diambil berat.Hal ini mungkin kerana gaya layanan orang tua saya terutama ibu saya yang mengasuh saya dengan baik dan sama rata.


Abg sulung tiada dalam gambar
Walaubagaimanapun ayah saya dilihat oleh keluarga kami sebagai ayah yang pilih kasih kerana dia terlalu menyayangi dan memanjakan abang sulung saya.Saya pernah merasa cemburu terhadap abang saya kerana selalu mendapat layanan yang baik kerana selalu menaikkan nama ayah dengan pencapaianya dalam sukan dan aktif ko kurikulum di sekolah.Manakala saya seorang yang tidak aktif dalam sukan dan maka oleh itu saya mempunyai perasaan inferior yang sangat tinggi dan cuba untuk menandingi abang saya dan menarik perhatian ayah.Inferioriti yang normal itu saya jadikan sebagai sumber untuk berusaha mencapai superioriti.
Saya mula berusaha dengan cara belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran sejak dari sekolah rendah bermula pada peperiksaan UPSR.


Darjah 6
Seperti yang dikatakan Adler,hidup ini penuh cabaran mengatasi kelemahan dan rasa rendah diri.Saya telah sedaya upaya saya namun masih tidak berjaya mungkin ada kesilapan yang tidak saya sedari. Sehinggalah semasa persekolahan saya di sekolah menengah,saya dapat merasakan bahawa saya selalu berada dalam keadaan ‘anxiety’ terutama semasa tingkatan 5 kerana pada waktu itu prestasi pelajaran saya masih  tidak meningkat namun statik.Positifnya,ia membentuk motivasi kepada saya supaya bersikap lebih berjuang atau inferior.Matlamat saya untuk berjaya telah menjadi sumber motivasi untuk menghindar inferioriti untuk mencapai superioriti.


Form 4
Dengan kesedaran itu,dalam sedar atau  tidak saya telah berpegang pada prinsip Adler iaitu hanya faktor biologi dan persekitaran sahaja yang menjadi limitasi kepada keupayaan saya.Oleh itu saya tidak berserah kepada takdir semata-mata namun lebih kuat berusaha kerana seperti Adler ada mengatakan bahawa apabila kita terasa kurang,itulah yang akan menggerakkan kita untuk maju.Maka,semasa tingkatan enam saya berada dalam ‘comfort zone’ kerana pencapaian saya dalam pelajaran semakin baik dan meningkat sehinggalah saya terus cemerlang dalam STPM saya.


Form 6
Sekarang saya berada di universiti untuk mencapai cita-cita saya untuk menggengam ijazah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling yang saya pilih.Kejayaan saya melangkah masuk dan belajar di UPSI membuktikan bahawa benar teori Adler iaitu kita berkuasa,bukannya mangsa kerana kita berpegang pada konsep consciousness,atau sedar.Oleh itu saya percaya pada pilihan saya untuk belajar disini.Walaubagaimanapun selepas tamat pengajian saya dalam ijazah sarjana muda ini saya mahu melanjutkan pelajaran saya pada peringat master.Mengejar superioriti ini adalah tidak berkesudahan kerana ia adalah satu sasaran yang bergerak dan kita akan terus mengejarnya tanpa puas selagi kita bernyawa.Hal ini kerana menurut Adler matlamat yang dikejar ini adalah sesuatu yang tidak nyata(fiksyenal).kita akan ingin terus mencapai ‘fictional goal’ kita dan tidak pernah puas dengannya.Dalam mengejar superioriti ini saya menggunakan pada minat sosial atau ‘Gemeinschaftsgefuhl’ yang ada pada saya sebagai cita-cita.


Semester 1. Minggu orientasi 
Cita-cita saya untuk menjadi seorang pensyarah sangat tepat dengan diri saya kerana kesedaran saya sebagai sebahagian daripada komuniti manusia dan sikap saya  dalam mengenal dunia sosial dengan berusaha untuk masa hadapan yang lebih baik untuk kepentingan kemanusiaan.Saya berminat untuk memberi sumbangan kepada orang lain sejak saya masih kanak-kanak.Dalam hal ini Adler juga  telah menyamakan minat sosial dengan rasa identifikasi dan empati dengan orang lain iaitu `melihat dengan mata orang lain,mendengar dengan telinga orang lain dan merasa dengan hati orang lain’.Oleh itu pilihan saya untuk menjadi pensyarah dalam bidang kaunseling atau psikologi sangat tepat dengan diri saya kerana saya boleh menjadi seperti konsep Adler tersebut.Saya sangat berharap untuk mencapai impian saya dan merealisasikan impian tersebut.
Sem 4
Latest. Sem 5

No comments:

Post a Comment

Ok tell me how do u feel about that?