Jemput singgah blog saya..

Sunday, October 21, 2012

SOALAN INVENTORI IPS


  1. Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya.
  2. Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda.
  3. Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah ditetapkan.
  4. Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping saya.
  5. Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan.
  6. Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca.
  7. Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga.
  8. Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.
  9. Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit.
  10. Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah.
  11. Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin.
  12. Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.
  13. Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan.
  14. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas.
  15. Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya.
  16. Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa.
  17. Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli professional bila menghadapi masalah.
  18. Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan  lihat.
  19. Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
  20. Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara ynag boleh menyebabkan orang lain marah.
  1. Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan besar.
  2. Suka memikirkan masala-masalah yang rumit dan mencabar.
  3. Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain.
  4. Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang.
  5. Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan.
  6. Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan.
  7. Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
  8. Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.
  9.  Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami.
  10. Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur.
  11. Beranggapan adalah penting mempunyai pekarjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya.
  12. Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang.
  13. Selesa meminta kembali barabg-barang yang telah dipinjam oleh kawan.
  14. Berminat membaca buku-buku bercorak akdemik, falsafah.
  15. Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian.
  16. Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majoriti.
  17. Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra.
  18. Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal.
  19. Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan.
  20. Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara.
  21. Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang lain.
  22. Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.
  23. Lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut.
  24. Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak.
  25. Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain.
  26. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci.
  27. Mencuba bersungguh-sungguh dala melakukan apa sahaja kerja.
  28. Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya.
  29. Mudah berang apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi.
  30. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung dengan manusia.
  31. Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya.
  32. Suka menerima pimpinan orang lain.
  33. Mudah memulakan Perbualan dengan orang yang belum saya kenali.
  34. Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan.
  35. Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu.
  36. Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.
  37. Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis.
  38. Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga ini.
  39. Suka membuat keputusan untuk kumpulan.
  40. Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-kawan yang memerlukan.
  41. Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain.
  42. Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.
  43. Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerahbagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi.
  44. Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya.
  45. Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya.
  46. Suka menganalisis Personaliti individu yang saya temui.
  47. Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti.
  48. Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu.

  1. Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam sesuatu kumpulan.
  2. Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak.
  3. Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan-kawan.
  1. Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan.
  2. Boleh bekerja dalam satu satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu.
  3. Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan pada masa  lalu.
  4. Akan mengambil alih tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan.
  5. Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial.
  6. Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan-kawan.
  7. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan.
  8.  Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja  aktiviti yang bercorak pertandingan.
  9. Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan.
  10. Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.
  11. Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang ideal.
  12. Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain.
  13. Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
  14. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai.
  1. Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang bercorak akademik.
  2. Suka menyendiri melayan fikiran.
  3. Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.
  4. Jarang menagguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya tidak suka.
  5. Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya.
  6. Bercita-bercita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.
  7. Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang bernasib baik.
  8. Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakana adalah betul.
  9. Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas.
  10. Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.
  11. Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa.
  12. Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
  13. Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi.
  14. Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata.
  15.  Lebih banyak bertolak ansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain.
101.    Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu buat kali pertama.
102.    Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel bercorak akademik yang saya baca.
103.    Merasa gugup bercakap di hadapan khalayak ramai.
104.    Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa yang lama.
105.    Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri.
106.    Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan.
107.    Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.
108.    Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri.
109.    Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan-kawan.
110.    Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang.
111.    Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.
112.    Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan.
113.    Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain.
114.    Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkahlaku dan permasalahan manusia.
115.    Selalu bertindak mengikut keyakinan diri.
116.    Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi membentuk nilai-nilai hidup saya.
117.    Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri.
118.    Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya.
119.    Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali.
120.    Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain.
121.    Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa.
122.    Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah.
123.    Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua.
124.    Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.
125.    Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya.
126.    Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar.

127.    Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.
128.    Walaupun rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti, saya tidak pernah marah.
129.    Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain.
130.    Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-masalah rumit yang perlu diselesaikan.
131.    Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan.
132.    Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri.
133.    Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi.
134.    Merasakan diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan kawab-kawan saya yang lain.
135.    Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya.
136.    Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.
137.    Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya mengubahnya.
138.    Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang lain.
139.    Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti.
140.    Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya.
141.    Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.
142.    Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu.
143.    Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang mencabar.
144.    Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang.
145.    Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah.
146.    Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik.

147.    Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri.
148.    Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya.
149.    Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.
150.    Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea.
151.    Akan mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai.
152.    Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan.
153.    Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa memcari jalan penyelesaiannya segera.
154.    Takut akan kecewa dalam  mengharungi hidup.
155.    Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia.
156.    Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit.
157.    Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan.
158.    Rasa kecewa bila ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan saya.
159.    Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh.
160.    Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain.

Refleksi (2) Lawatan Sambil Belajar ke PPUKM


Bagaimana pengetahuan dan pemahaman anda tentang isu kesihatan mental dapat membantu :

1.Diri sendiri

Untuk diri sendiri,isu kesihatan mental ini banyak membantu diri sendiri dalam menimba pengalaman yang luas mengenai kesihatan mental. Pengetahuan dan pengalaman inilah yang sangat penting dalam diri kita untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam isu ini dan untuk mengelakkan kita sendiri terlibat dalam kesihatan mental ini.Ini bermakna diri kita memerlukan kesedaran dan harus sentiasa peka tentang perkembangan dalam isu ini,di negara kita mahupun negara luar.Apabila kita mendapat ilmu ini,kita akan sentiasa berwaspada akan symptom-simptom yang ada dalam diri orang yang mula mengalami masalah mental.Oleh itu sekiranya kita tahu tanda-tanda,cara-cara menghadapinya,atau rawatan yang sepatutnya,kita boleh mengelakkan diri kita daripada turut menghidapi masalah mental ini.Kita harus menjaga diri kita dahulu,untuk menjaga kesejahteraan diri orang lain yang berada di sekeliling kita terutamanya.Tambahan pula,dengan pemahaman dan pengetahuan ini,ia dapat mempersiapkan diri saya kearah persediaan sekiranya saya akan berdepan dengan individu yang mengalami masalah mental ini sama ada dalam kalangan keluarga,rakan-rakan,mahupun masyarakat sekililing saya nanti.



2.Individu sekeliling
Isu kesihatan ini banyak menyedarkan individu di sekeliling kita agar sentiasa peka tentang apa yang berlaku dalam masyarakat kita.Individu sekeliling seharusnya bekerjasama dalam memerhatikan komuniti yang mana dilihat sedang mempunyai masalah kesihatan terutama dari segi mental.Hal ini kerana kadang-kadang mereka tidak menyedari apa yang berlaku terhadap mereka,maka kita sebagai individu sekeliling lah yang perlu menjaga mereka dan membawa mereka berjumpa pakar dengan kadar segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman yang baru saya perolehi itu,saya mendapati individu sekeliling sangat penting dalam berperanan memberi sokongan kepada mereka yang mengalami gangguan jiwa.Hal ini kerana berasaskan kepentingan individu sekeliling,merekalah yang perlu membantu golongan bermasalah ini agar mereka tidak berasa diasingkan atau merasakan mereka hidup dengan tidak berguna sepanjang hayat mereka.Oleh yang demikian,sekiranya mereka dilayan dengan baik dan diterima,mereka akan sedikit demi sedikit akan dapat lari dari penyakit yang membelengu diri mereka,memandangkan penyakit mental adalah berpunca daripada fikiran mereka sendiri.Sementara itu,kempen dan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak psikiatri UKM sangat memberi perkongsian minda yang boleh diberikan kepada individu sekeliling kelak.





Refleksi (1) Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia


Pandangan tentang isu kesihatan mental sebelum ini

Pada pandangan saya,kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia kini semakin meruncing.Di mana-mana kita boleh melihat terdapatnya individu yang mengalami penyakit mental yang saya dan orang lain sebut ‘gila’. Secara mudahnya saya menganggap mana-mana orang yang kelihatan berbeza dan tidak berlaku seperti orang lain adalah gila.Contohnya saya mempunyai persepsi dan mentaliti negatif apabila melihat seseorang berjalan bersendirian di jalan-jalan dengan tingkah laku yang pelik dan menjengkelkan,atau tidur di tepi jalan dengan pakaian yang busuk dan buruk,saya akan menganggap dan memanggil mereka adalah orang gila.Selain itu,saya juga berpendapat penyakit mental tidak boleh disembuhkan.Hal ini kerana saya tidak pernah mendengar kes yang mana pesakit mental sembuh dengan sempurna walaupun selepas berjaya keluar dari hospital bahagia setelah bertahun-tahun mendapat rawatan yang berterusan.Sekiranya tidak bernasib baik,mereka yang malang ini akan seumur hidupnya akan berada dalam keadaan menyedihkan dan terbiar tanpa perhatian lagi.Pandangan saya yang lain pula adalah penyakit mental adalah suatu peristiwa tunggal.Tunggal disini bermaksud penyakit ini tidak berpunca daripada pengaruh lain,individu yang menderita penyakit ini mungkin dilahirkan dengan penyakit ini dan tiada harapan untul menyembuhkannya.Dengan kata lain,terdapat baka ‘gila’ dalam keluarga mereka maka lambat laun mereka akan tetap mengalami penyakit yang sama tidak mengira mereka sihat kesihatannya atau tidak.Seterusnya,saya berpendapat penderita penyakit mental harus dijauhi.Ini kerana,terlalu banyak cerita dan khabar mengenai orang yang berpenyakit mental ini boleh mencederakan orang lain dan dirinya sendiri.Contohnya terdapat kes di berita yang mana terdapat individu yang mengalami masalh mental telah membunuh keluarganya.Begitu juga terdapat beberapa mangsa gangguan orang yang berpenyakit mental ini apabila didekati orang yang kasihan kepadanya.Oleh itu,saya tidak pernah mendekatkan diri dengan mereka yang bermasalah jiwa dan berharap tidak pernah terserempak dengan mereka.Semasa mendapat tugasan melawat ke wad psikiatrik ini juga,saya pada awalnya takut dan teragak-agak kerana terbayang-bayang akan berhadapan dengan mereka yang menakutkan ini.Walaubagaimanapun,setelah diterangkan rakan-rakan dan pensyarah,Cik Amelia saya menjadi semakin tidak sabar untuk menimba pengalaman baru.Dari segi rawatan,sebelum ini apa yang saya tahu adalah mereka yang dimasukkan ke hospital gila adalah secara paksa oleh keluarga mereka atau jabatan kebajikan masyarakat yang mengutip mereka dari jalanan dan memasukkan mereka ke hospital sakit jiwa. Saya juga tidak pernah menyangka bahawa terdapat banyak kaedah dalam rawatan mental yang ada. Setahu saya,rawatan yang ada hanyalah kaunseling atau berjumpa dengan psikiatris,rawatan menggunakan rencatan elektik yang mana bagi saya,sedikitpun tidak memberi kesan dan kebaikan kepada pesakit. Kesannya adalah hanya memburukkan keadaan dan membuatkan orang itu semakin gila selepas terkena kejutan elektik itu..

Dibawah adalah beberapa keping gambar sebagai lampiran..












Pengalaman saya menjadi klien kepada bakal kaunselor ::Shuhada Muslim::

Tarikh :
Kali pertama saya akan berjumpa kaunselor.Walaupun bukan kaunselor yang sebenar tetapi kaunselor pelajar sem 4,saya rasa berdebar dan rasa tak yakin dengan kaunselor ini.Tujuan saya setuju untuk berjumpa kaunselor ini adalah untuk menimba pengalaman baru di mana saya tidak pernah diberi kaunseling atau meminta khidmat kaunseling daripada sesiapa.Saya sebenarnya seorang yang tidak suka menceritakan masalah saya kepada orang lain kerana saya tidak suka dilihat sebagai seorang yang bermasalah.Walaubagaimanapun,saya sedar bahawa saya juga perlu sekali sekala untuk bercerita tentang luahan hati saya ini dan saya rasa saya perlu bercakap dengan seseorang.Semasa kaunselor sem 4 ini menawarkan khidmatnya,saya terus sahaja setuju.Lagipun saya tengok dia sangat baik dan mesra orangnya.Saya masuk ke billik rakaman sesi kaunseling dengan perasaan agak berdebar.Tapi cara kakak kaunselor ini membuatkan saya rasa yakin dan bersedia.

Semasa proses kaunseling yang pertama,saya dapat lihat bahawa kaunselor saya ini membinga hubungan yang baik dengan saya sehinggakan saya rasa kami sudah lama kenal dan bersahabat.Walaubagaimanapun masih ada perasaan malu-malu dalam diri saya.Semasa menyatakan masalah saya,mulanya saya seolah-olah menyembunyikan sesuatu namun mungkin menggunakan kemahiran yang dia ada,saya menjadi berterus terang tentang masalah saya.Contohnya pada mulanya saya menceritakan tentang masalah saya dengan sekumpulan rakan sekelas,lama kelamaan kakak kaunselor ini dapat membongkar rahsia saya iaitu mengenai salah satu prinsip saya.Sebenarnya saya tidak suka orang tahu tentang prinsip ini namun akhirnya terbongkar juga.Tapi saya rasa berbaloi rahsia ini diketahui sebab individu yang mengetahui perkara ini adalah seorang yang berjanji akan merahsiakan perkara ini walaupun sesi kami dirakam.Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi nak memahami saya dan tidaklah beban kepada saya untuk simpan sendiri. Sesi kaunseling kami terus berjalan dengan lancar sehinggalah masa cukup.Apabila dikatakan masa cukup tu saya masih belum puas untuk bercerita dan berbual dengan kaunselor tetapi kami berjanji untuk melakukan sesi yang kedua.Di sini saya rasa sangat tertanya-tanya tentang masalah saya ini dan tidak sabar untuk menunggu ke sesi kedua.

Recording. Tp masa nie sy dgn kwn sdg berlatih bt sesi rakaman.

Tarikh : 
-sesi kedua
Pada sesi ini saya rasa saya ada terlupa tentang perkara-perkara yang telah saya ceritakan.Tetapi kakak kaunselor telah mengingatkan saya kembali mengenai hal itu dan saya dapat meneruskan cerita saya.Pada sesi ini saya sendiri dapat mengenalpasti masalah saya yang sebenarnya melalui pendedahan dan gambaran yang kakak kaunselor berikan.Kakak kaunselor sangat hebat bagi saya kerana dapat mengenalpasti masalah saya yang sebenarnya.Dalam sesi ini juga kaunselor menggunakan cara menulis di kertas sebagai cara untuk membuka minda saya.Melalui cara ini,iaitu menulis situasi dan kesan serta beberapa aspek lagi,saya dapat melihat situasi yang saya alami pada masa itu.Ia memberi saya gembaran yang jelas dan membuatkan saya menjadi faham akan situasi sebenar saya.Lebih berkesan lagi adalah apabila kakak kaunselor bertanya sama ada saya mempunyai adik atau tidak dan memang saya mempunyai adik.Kakak kaunselor kemudiannya meletakkan adik saya sebagai saya dalam situasi ini dan cuba membuka fikiran saya.Disini lah saya dapat membuka minda saya sedikit demi sedikit tentang masalah prinsip saya itu.Peranan ini sangat berkesan buat saya dan saya sangat berterima kasih kepada kakak kaunselor kerana menyebut nama adik saya sehingga membuatkan saya mula rasa saya telah melakukan kesilapan selama ini. Setelah dilihat saya semakin celik akal kakak kaunselor menangguhkan sesi kami kepada minggu hadapan pula.Namun begitu saya diberikan sekeping kertas iaitu mengandungi tugasan yang perlu saya buat.Mulanya saya tak faham apa yang perlu dituliskan tetapi dengan bantuan kaunselor ini saya tahu sedikit demi sedikit Cuma masih tidak yakin untuk membuat tugasan tersebut.

Sorry ye saya jakun sikit masa nie. Hehe. First time ;p
Gambar kak Shu.X nampak pulak
-Sesi ketiga :
Saya sangat penat hari ini tapi saya pergi juga ke sesi kaunseling ini kerana saya sudah berjanji lagipun saya juga sudah tidak sabar-sabar untuk tahu lebih lanjut tentang masalah ini sekaligus berharap ia dapat diselesaikan dengssn betul.Seperti yang saya agak sesi kaunseling ini sangat membantu pemikiran saya yang selama ini sangat sempit mengenai prinsip hidup saya yang saya mula nampak ianya kadangkala sangat merepek dan mengarut.Kakak kaunselor telah meminta kembali tugasan tersebut dan berbincang dengan saya mengenai tugasan itu.Setelah berbincang saya dapati diri saya masih lagi ego untuk memberi pemikiran baru tetapi setelah di kaunselingkan dengan pelbagai kata-kata dan hujah yang bernas dan tidak dapat saya sangkal,saya dapati bahawa kakak kaunselor adalah betul dan membuatkan saya sendiri yang mengakui bahawa prinsip itu tidak perlu dalam hidup saya kerana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan seharian saya.Akhirnya saya mengakui tentang satu perkara yang selama ini saya cuba lawan iaitu tentang prinsip kesempurnaan.Jika sebelum ini saya tidak perasan bahawa saya ini sebenarnya terlalu mencari kesempurnaan agar dilihat sempurna di hadapan semua orang,ianya baru saya sedar bahawa perkara ini tidak perlu bagi hidup saya.Saya mendapati bahawa kesempurnaan itu tidak akan wujud dalam diri saya kerana ia adalah ketentuan dan lumrah hidup di mana Tuhan tidak memberi kita kesempurnaan tetapi menyediakan kepada kita kelebihan dan kelemahan,dan ia aka nada pada setiap orang.Sekarang saya belajar untuk menerima kekurangan itu dan menjadikan kekurangan itu sebagai satu masalah kepada saya.Saya harus lebih rasional dan berfikiran positif untuk masa sekarang dan masa hadapan.Sesi ini adalah sesi terakhir dan saya sangat berpuas hati akan kakak kaunselor yang telah berjaya mengubah prinsip saya dan mengubah persepsi saya terhadap diri sendiri.Dia benar-benar membuka mata saya yang selama ini saya tutup dan selindung dari kenyataan yang sebenar.Saya sangat berterima kasih kepada kakak kaunselor dan merindui sesi ini.
Didinding makmal

PENGENALAN TINGKAH LAKU DEVIAN (ANEH, TAPI BENAR^^)


Nota sambil makan..X rasmi.X boleh buat rujukan tau :) 

Definisi : TINGKAH LAKU DEVIAN
Deutschmann (2002): devian bwa penilaian moral secara -ve dan instrintik. digunakan ke atas indvdu dalam rutin harian sama ada secara jelas, atau tidak. Hasil dari proses sosial tertentu....

dlm kata mudahnya. devian ni nilai moral -ve atau xde moral, slalu di buat oleh certain ind sma ada scra jelas kita nmpak dia pelik atau tidk. dan terjadi melalui proses sosial tertentu...

Adler kata: devian ni melanggar kod norma sosial. tapi devian ni masih kategori org yg normal n bukanlah bersifat patologi (berpenyakit)... cme dia agk aneh...

Summer plak bahagikn devian kepada 3 jenis: 
1) adat turun menurun... (kdg2 bgi kita adat tu pelik, tpi bgi org lain bnda tu biasa)
2) tradisi corak kehidupan, ketamdunan
3)langgar undng2

devian jugak boleh jadi, bila semua org buat... kita je xbuat...

individu boleh dilabel sbg deviant bilamana
(adler): 1) Tingkahlaku... 2)kepercayaan... 3)keadaan..


Bersandar di dinding sebentar!

__________________$$$$___$$$ $
__________________$$$$$$$_$$$$ $$
_________$$$$$$$$$$$$$$$$$__$$ $$
_____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$__$ $$$
____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ $$$
___$$$_$$_$$$$$$$$$$$$$$$$_$$$ $$
__$$$$$_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
__$$$_$$_$$$$$$$$$$$$$$$$$_$$$
__$$$_$$_$$$$$$$$___________$$ $$
_$$$$$_$$$$$$$$$$$___________$ $$
_$$$_$$_$$$$$$$$$$
_$$$_$$_$$$$$$$$$$
_$$$_$$_$$$$$$$$$$$
$_$$$$$$__$$$$$$$$$
$_$$$$$$___$$$$$$$$
_$$$$$$$$$__$$$$$$$
$_$$$$$$$$___$$$$$$
$$_$$$$$$$$___$$$$$
$$$_$$$$$$$$__$$$$$$
_$$$_$$$$$$$$$_$$$$$
$$$$$ __$$$$$$$$_$$$$
$$$$$$$ __$$$$$$$$$__$
$_$_$$$$$__$$$$$$$$$_$$$$
$$$__$$$$$__$$_$$$$$$$_$$$$
$$$$$$_$$__$$$$$$$$$$$$$$$
_$$$$$$$__$$$$$$$$$$$$$$$$
__$$$$$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__$$$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$____$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ $
$__________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ $$$
$____________$$$$$$$$$$$$$$$$$ $$$$
$______________$$$$$$$$$$$$$$$ $$$$$
$_______________$$$$$$$$$$$$$$ $$$$
$_______________$$$$$$$$$$$$$$ $$$$
$____________$$$$$$$$$$$$$$$$$ $$
__________$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$_$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$__$$$$$$$$$$$$$____$$$$$$$$$$
_$$$__$$_$$________$$$$$$$$$$$
_$$$_$$_____________$$$$$$$$$$
_$$_$$______________$$$$$$$$$$
___$$________________$$$$$$$$$ $
_$$$$________________$$$$$$$$$ $
__$$$_________________$$$$$$$$ $
$_____________________$$$$$$$$ $
$____________________$$$$$$$$$ $
$____________________$$$$$$$$$ $$
$____________________$$$$$$$$$ __$$$$$
$___________________$$$$$$$$$$ $$$$$$$$
$____________________$$$$$__$$ $$$$$$____________?

Latar belakang tokoh kegemaran saya :) Alfred Adler


Alfred Adler merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang adik – beradik yang terdiri daripada lima lelaki dan dua orang perempuan. Salah seorang dari adik – beradik lelakinya meninggal dunia semasa kecil. Kehidupan Adler semasa kanak – kanak tidak gembira kerana beliau sentiasa sakit dan selalu terfikir tentang kematian. Semasa Adler berumur 4 tahun, beliau hampir mati kerana penyakit pneumonia dan pada masa itu beliau membuat keputusan signifikan untuk menjadi doktor perubatan.
            Oleh kerana beliau sering sakit semasa kecil beliau dimanjakan oleh ibunya. Selepas kelahiran adiknya, beliau merasa diketepikan oleh ibunya dan mula membina hubungan rapat dengan ayahnya dan merasa tidak lagi rapat kepada ibunya. Beliau juga merasa cemburu kepada abang sulungnya yang menyebabkan hubungan beliau dengan abangnya tegang semasa kanak – kanak dan remaja beliau. Pada awal kehidupan, beliau berusaha mengatasi kelemahan zaman kanak – kanaknya dan perasaan rendah diri. Adalah jelas pengalaman dalam keluarga memberi impak terhadap pembentukan teorinya. Walau bagaimanapun, beliau adalah contoh seorang yang menentukan kehidupannya bukan ditentukan oleh nasib.
            Adler adalah pelajar yang lemah dan oleh itu gurunya menasihatkan ayahnya bahawa beliau hanya layak menjadi pembuat kasut. Dengan keazaman Adler akhirnya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan meneruskan pengajian beliau di Universiti Vienna untuk menjadi doktor perubatan sebagaimana yang dicita – citakan olehnya. Selepas itu beliau mempraktikkan ilmu perubatan sebagai pakar sakit mata secara persendirian di kliniknya dan bertukar kepada praktik umum. Akhirnya beliau mengkhusus dalam bidang neurologi dan psikatri dan mempunyai minat untuk mengubati penyakit kanak – kanak yang tidak dapat diubati.
            Adler mempunyai keperhatian yang mendalam kepada orang biasa. Beliau menyatakan minat sosialnya dengan bercakap secara lantang tentang hal – hal berkaitan didikan anak – anak, reformasi sekolah dan prejudisnya yang akhirnya mendatangkan konflik kepada dirinya. Beliau bercakap dan menulis dengan bahasa mudah supaya orang awam dapat memahami dan mengaplikasikan prinsip – prinsip Psikologi Individunya. Selepas berkhidmat di dalam Perang Dunia Pertama sebagai pegawai perubatan, beliau membina beberapa klinik membimbing kanak – kanak di sekolah awam Vienna serta mula melatih guru, pekerja sosial, ahli fizik dan ahli profesional lain. Beliau mempelopori bidang pengajaran secara profesional melalui demonstrasi secara live dengan ibu dan kanak – kanak yang menjadi audien beliau. Klinik yang diasasnya bertambah banyak dan menjadi popular dan beliau sebagai pensyarah untuk mendemostrasi kerja – kerjanya.
            Kehidupan Adler sentiasa sibuk dengan kerja – kerjanya tetapi beliau mencari masa untuk menyanyi dan menikmati muzik serta bersama kawan – kawannya. Beliau tidak menghiraukan amaran kawan – kawannya untuk mengurangkan kerjanya. Pada pertengahan 1920 – an beliau mula memberi kuliah di Amerika secara kerap. Jadual masanya yang ketat berterusan. Pada 28 Mei 1937 semasa berjalan sebelum memberi kuliahnya di Aberdeen Scotland, beliau rebah lalu meninggal dunia akibat jantungnya gagal berfungsi.          

Teori kegemaran saya :) Alfred Adler


Teori Psikologi Individu 

 Teori ini memfokuskan kepada keunikan yang dimiliki oleh seseorang individu dan Adler menolak mengenai desakan seksual yang menentukan sesuatu personaliti seseorang. Menurut Adler, fenomena psikologi yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain tetapi ia bersifat konsisten di antara satu sama lain iaitu untuk mencapai kehendak superioriti. Kegagalan seseorang individu untuk berhadapan dengan cabaran hidup mendorong seseorang individu untuk bersifat lemah, pasif dan defensif iaitu individu ini sedang mengalami inferioriti kompleks.
            Kehendak seseorang individu itu mempengaruhi setiap tindakan mereka dan berpandukan kepada pengalaman yang lepas yang dilalui oleh mereka yang mendorong kepada usaha untuk merealisasikan sesuatu kehendak. Perasaan inferioriti yang wujud secara nyata atau khayalan dalam diri seseorang individu dianggap sebagai suatu yang normal. Malah, perasaan inferioriti ini menjadi dorongan untuk seseorang individu mencapai keinginan superioriti.
            Superioriti pula merupakan matlamat hidup seseorang individu untuk mencapai kesempurnaan kendiri yang unggul. Matlamat ini dijadikan sebagai panduan kepada seseorang individu untuk menghasilkan idea yang dibayangkan. Ia diistilahkan sebagai fictional finalism. Kematangan atau kebaikan seseorang individu itu dapat dilihat melalui pandangan seseorang individu terhadap kehidupan sosial yang sedang dihadapi olehnya.
            Menurut Adler, jika seseorang berusaha membantu orang lain, maka dia sebenarnya sedang membantu dirinya dalam mencapai matlamat. Dengan mempunyai kepentingan sosial yang tinggi, seseorang individu itu amat mementingkan kebajikan orang lain. Usaha yang dibuat untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat akan membantu individu tersebut untuk menyesuaikan diri dengan baik di samping dapat mengurangkan perasaan sunyi dan tertekan.   
            Perancangan hidup seseorang individu dianggap unik dan cara hidup mereka dibentuk semasa lima tahun yang pertama. Selain itu, layanan ibu bapa semasa di peringkat kanak – kanak memberi kesan kepada timbulnya reaksi inferioriti dalam diri anak – anak. Ia mempengaruhi pembentukan personaliti unik kanak – kanak dan menentukan gaya hidup yang bakal diamalkan ketika dewasa kelak. Antara gaya hidup anak – anak yang dikesan yang dipunyai oleh anak – anak ialah jenis dominan, jenis bergantung, jenis mengelak dan jenis sosial.
            Selain itu, Adler turut percaya perbezaan layanan ibu bapa terhadap anak – anak adalah berkait rapat dengan turutan kelahiran setiap anak. Ini bermakna, layanan yang diterima oleh anak sulung, anak kedua, anak tengah, anak tunggal dan anak bongsu adalah berbeza – beza di antara satu sama lain. Oleh itu, melalui pengalaman yang dialami seseorang individu itu mampu menciptakan personaliti dan tingkah laku diri yang unik dan ia berdasarkan persepsi subjektif yang dimiliki oleh mereka.
            Menurut Adler lagi, desakan hidup yang dihadapi oleh seseorang menjadi tunggak kepada perkembangan personaliti individu itu sendiri. Di samping itu, konsep kendiri kreatif turut memainkan peranan besar dalam menentukan personaliti seseorang individu. Kendiri kreatif wujud dalam diri individu berasaskan kepada proses pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupannya pada masa lalu. Sebarang keputusan yang dibuat dan segala tanggungjawab akan disandarkan kepada individu itu sendiri. Penilaian dalam baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah bergantung kepada pengamatan individu itu sendiri dan manusia bukanlah hamba kepada nasib.

Kaedah & Kesan yang digunakan untuk membantu pelajar di Raudhatul Sakinah

 Pada sem 2 yang lepas kami mengadakan lawatan sambil menyiapkan tugasan di Pusat Penjagaan Remaja Puteri Raudhatul Sakinah. Selangor.
Pensyarah pengiring : En.Anuar




Doa

     Kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar Raudhatul Sakinah ialah kaedah melalui pendekatan agama islam.Kaedah yang digunakan  berunsurkan agama kerana pelajar-pelajar ini perlu dibukakan mata mereka untuk kembali ke pangkal jalan setelah mereka melakukan kesilapan dan melanggar agama sebelum ini.Kaedah ini adalah untuk membantu pelajar supaya dapat menghayati ajaran agama islam yang sebenar yang mana agama ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan yang sama berulang kali dan memberi peluang mereka untuk bertaubat dengan betul.Kaedah utama dalam proses membantu mereka adalah melalui pendekatan rohani,farhu ain,hadis,dan aqidah.Dalam perkara ini,aspek yang paling penting adalah solat.Hal ini adalah memandangkan perkara solat adalah merupakan asas kepada pegangan agama.Solat sangat dititikberatkan memandangkan ia adalah tiang agama dan sekiranya tiang agama ini roboh,individu atau dalam kes ini iaitu pelajar akan lari daripada agama yang sebenar. Selain itu, puasa sunat iaitu pada hari isnin dan khamis diwajibkan kepada semua ahli termasuk remaja yang mengandung. Hal ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengganti semula puasa yang telah lama ditinggalkan tanpa alasan.
Mereka juga mempunyai waktu yang ditetapkan untuk melakukan aktiviti ‘outdoor’ dan aktiviti hiburan secara betul dengan bernasyid. Selain itu,pihak pengurusan raudatul sakinah juga menggunakan kaedah rekreasi atau beriadah.Biasanya mereka akan beriadah disekitar rumah mereka bersama-sama dengan pengawasan warden atau staff Raudhatul Sakinah.

Bayi suci..
     Dari segi emosi,pelajar-pelajar Raudhatul Sakinah ini diberi santapan emosi dengan adanya waktu untuk mereka diberi kaunseling dan pendekatan motivasi.Terdapat beberapa pihak atau pasukan sukarelawan yang sudi menyumbang khidmat kaunseling kepada mereka ini agar mereka tidak berasa rendah diri atau putus asa dalam menjalani hidup mereka semasa dalam latihan dan selepas keluar dari rumah Raudhatul Sakinah ini.Pihak Raudatul Sakinah  menyediakan khidmat bimbingan bina diri kepada penghuni-penghuni tersebut secara kolektif. Bimbingan ini lebih menjurus kepada pendekatan kaunseling individu dan juga kaunseling kelompok. Kaedah ini juga turut melibatkan sesi motivasi yang dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan ini.
Kemahiran diri juga diberikan kepada remaja-remaja yang menghuni Raudhatul Sakinah ini.Tujuannya,agar mereka dapat belajar  kemahiran diri yang baru.Contohnya mereka diajar untuk menjahit,membuat kraftangan dan memasak.Namun begitu,sejak akhir-akhir ini aktiviti kemahiran ini sudah jarang dilakukan dan tidak dilaksanakan dengan serius lagi kerana ianya boleh mengangu fokus pelajar yang asalnya berfokus kepada aktiviti dan pendekataan agama.

Kami diberi peluang mewancara penghuni disini
Pengalaman baru kami
     Perjalanan harian mereka ini bermula pada jam 3 pagi iaitu mereka akan bangun untuk melakukan ibadat kiamullai.Mereka akan mengerjakan solat tahajjud secara berjemaah,berzikir dan solat sunat taubat  sehingga pukul 5 pagi.Kemudian,mereka akan diberi waktu untuk mandi,berehat atau tidur sekejap selepas kiamullai tersebut.Setelah azan subuh mereka akan berjemaah pula untuk solat subuh.Mereka juga akan dipastikan membaca atau tadarus Al- Quran dan membaca tafsir Al-Quran serta maksurat secara beramai-ramai.Disini dapat kita lihat bahawa raudatul sakinah mengajar kembali asas-asas kehidupan yang perlu ada pada setiap individu atau pelajar-pelajar ini.Bermula pada jam 7,mereka melakukan tugas-tugas rumah mereka iaitu ada yang ditugaskan memasak,mencuci pakaian,mengemas rumah,menyapu dan sebagainya bersama-sama.Pada pukul 9 mereka telah siap memasak dan melakukan tugasan lain,kemudian mereka akan bersarapan bersama-sama.Selepas makan,mereka akan bertadarus bersama-sama.Pada jam 11 hingga 12.30 tengahari,mereka akan diberi rehat.Selama sejam ini mereka boleh melakukan perkara sendiri seperti tidur atau merehatkan minda.Selepas bangun,mereka akan makan tengahari bersama-sama.Selepas makan,mereka akan kembali bertadarus beramai-ramai.Biasanya mereka akan membaca Al-Quran dengan suara yang kuat dan berpadu.Pada malam hari pula,mereka akan solat berjemaah.Seterusnya,aktiviti mereka berakhir pada jam 11 malam di mana merela akan dibenarkan tidur.Tambahan lain tentang jadual mereka adalah pada hari isnin kdi mana pada hari isnin mereka akan menerima tetamu iaitu sukarelawan yang akan mengajar mereka sirah,akidah,Al Quran dan sebagainya.Di samping ajaran agama,mereka akan diberi kaunseling secara individu dan secara kaunseling kelompok.


Mendengar klien berkongsi cerita lama..
Yang baik jadikan teladan..
     Jika diteliti, sebenarnya aktiviti harian mereka sangat padat dan banyak dipenuhi dengan amalan-amalan berbentuk kerohanian. Sebenarnya ianya adalah satu usaha untuk memberi mereka ilmu pengetahuan dengan cara menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Dengan cara ini, mereka tiada masa untuk berfikir tentang perkara yang telah mengganggu hidup mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerangka jadual aktiviti harian mereka yang cukup padat  bermula  jam 3.00 pagi sehinggalah jam 11 malam.Di bawah adalah ringkasan mengenai jadual rutin harian mereka secara lebih jelas ;

3.00 pagi: Qiamullai- zikir, solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat.
5.00 pagi: mandi, rehat, tidur sekejap
6.00 pagi: solat subuh berjemaah, membaca al-Quran, tafsir, dan maqthurat secara beramai-   ramai
7.00 pagi: buat tugasan harian secara berkumpulan seperti masak, kemas rumah dan sidai pakaian
9.00 pagi: sarapan dan tadarus (jika ada sukarelawan datang,aktiviti tadarus diganti dengan ceramah berkenaan akidah, sirah dan sebagainya.)
11.00 pagi: rehat
12.30 tengahari: makan tengahari, solat zohor berjemaah
2.30 petang: ta’alim dan tadarus al-Quran
4.30 petang: solat asar berjemaah, aktiviti riadah
6.00 petang: makan malam
6.30 petang: zikir
7.30 malam: solat maghrib berjemaah, kuliah agama
8.30 malam: solat isyak berjemaah, mengaji al-Quran
11.00 malam: tidur


2.Kesan dari kaedah yang dilakukan

     Kesan dari kaedah yang digunakan oleh mereka ialah mereka dapat kembali kepangkal jalan dan sedar akan kesilapan yang selama ini mereka lakukan.Kesannya,keyakinan diri pelajar kembali meningkat dan mereka tidak lagi berasa tidak tentu arah atau mengalami kebimbangan yang serius di atas kesilapan yang mereka perbuat. Melalui pendekatan yang dilaksanakan, para penghuni Raudatul Sakinah dilihat semakin baik dan menunjukkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan pendekatan tersebut sangat membantu mereka menjadi diri mereka semula. Contohnya terdapat pelajar yang menghuni Raudatul Sakinah selama dua bulan mengatakan kaedah yang digunakan di Raudatul Sakinah sangat memberi kesan kepada dirinya. Dia menyatakan bahawa sekiranya di rumah, dia tidak menunaikan solat dengan betul tetapi apabila berada di pusat pemulihan tersebut sangat membantunya untuk kembali solat dengan cara yang betul di samping pendekatan-pendekatan lain yang digunakan. Jadi melalui respon yang baik daripada penghuni Raudatul Sakinah sendiri telah menunujukkan keberkesanan bagi kaedah-kaedah yang dijalankan. Dengan kata lain, para penghuni merasakan mereka juga lebih bermotivasi kerana telah kembali ke jalan yang benar.

3.Penerimaan ibu bapa/keluarga setelah mendapat bantuan daripada Raudhatul Sakinah
     Penerimaan ibu bapa atau keluarga setelah mendapat bantuan dari Raudhatul Sakinah adalah sangat baik dan positif. Biasanya, pihak keluarga sendiri yang menghantar anak mereka ke Raudatul Sakinah. Jadi semstinya mereka mahu yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka. Penerimaaan positif ini didapati apabila  ibu bapa dan keluarga mereka telah dapat melihat perubahan baik akhirnya berjaya dicapai oleh anak mereka. Kebanyakan daripada mereka amat berterima kasih kepada pihak Raudatul Sakinah atas khidmat bakti yang diberikan sehingga anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah sesuatu yang sangat bernilai dan tidak dapat disamakan dengan wang ringgit.


4. Kes berulang

     Sementara itu,kes yang berulang dan pelajar terpaksa balik ke Raudhatul Sakinah pula tidak didapati disebabkan oleh rumah Raudhatul Sakinah ini tidak menerima pelajar yang mengalami kes berulang.Setakat ini, pihak pengurusan Raudatul Sakinah memang tidak menerima kes yang berulang kerana peluang untuk masuk ke pusat pemulihan itu hanya diberi sekali sahaja untuk mereka. Justeru itu, apabila tamatnya tempoh pemulihan bagi penghuni-penghuni tersebut, maka mereka akan meneruskan kehidupan di dunia luar dengan bwerbekalkan amalan-amalan dan nilai-nilai agama yang telah setahun lebih mereka terapkan kepada penghuni-penghuninya. Kehidupan bekas penghuni selepas keluar adalah seperti biasa berbekalkan ilmu dan kemahiran yang telah diterapkan sepanjang mereka berada di Raudatul Sakinah. Sungguhpun begitu terdapat juga kes di mana seorang bekas penghuni Raudatul Sakinah meminta pertolongan dari pihak pengurusan di situ untuk memperoleh sokongan hidup disebabkan faktor persekitaran dan keluarga yang tidak membantu. Pihak Raudatul Sakinah masih berhubung dengan bekas penghuni supaya mereka dapat merasakan bahawa masih ada lagi insan yang akan membantu mereka untuk meneruskan hidup di dunia luar yang penuh mencabar ini.


5. Pengurusan bayi yang dilahirkan
     Untuk kes bayi yang dilahirkan pula,pengurusan yang dijalankan adalah dengan cara membenarkan ibu menyusu dan menjaga bayi tersebut selama dua minggu.Kemudian bayi tersebut akan diserahkan kepada keluarga angkat yang sedia menjaga bayi tersebut.Keluarga angkat ini telah di temuduga terlebih dahulu sebelum mereka diberi kepercayaan untuk menjaga bayi yang tidak berbapa ini. Pemilihan keluarga angkat ini akan dibuat dengan terperinci iaitu melalui sesi temuduga dan ada syarat-syarat tertentu. Antara syarat tersebut ialah pasangan suami isteri itu perlu sudah berkahwin untuk beberapa tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, mempunyai pendapatan yang stabil atau berkemampuan serta tidak mempunyai anak kandung. Temuduga ini sangat wajib memandangkan pihak Raudhatul Sakinah semestinya mahukan penjagaan yang terbaik kepada bayi tersebut di samping mahu memastikan bayi tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terbaik.Ibu bayi tersebut,iaitu pelajar-pelajar yang dihantar ke Raudhatul Sakinah ini tidak dibenarkan berjumpa dengan anak tersebut lagi kerana dikhuatiri fikiran mereka akan berubah lalu mencari bayi mereka kembali.Pelajar ini juga tidak dibenarkan untuk memiliki atau menyimpan nombor telefon atau alamat rumah keluarga angkat bayi mereka.Hal ini kerana ia dikhuatiri akan mendorong pelajar ini untuk mendapatkan atau menuntut kembali anak mereka setelah keluar dari Raudhatul Sakinah ini. Walaubagaimanapun,pelajar ini akan diberitakan tentang bayi mereka yang telah menjadi ‘anak’ orang lain ini dengan pemberitahuan oleh pihak Raudhatul Sakinah dan dengan cara dikirimkan gambar bayi mereka tersebut.Dengan cara ini pelajar akan tahu dan dapat tenang kerana masih mendapat berita mengenai anak mereka dan dapat melihat gambar anak mereka yang sihat melalui kiriman gambar tersebut. Ibu kandung atau penghuni Raudhatul Sakinah ini terlebih dahulu diberi celik akal atau motivasi tentang pengurusan ini di mana penyerahan anak mereka kepada keluarga angkat ini adalah merupakan suatu pengorbanan yang terbesar dalam hidup mereka dalam memberi cahaya dan masa depan yang terbaik kepada bayi tersebut.Dengan cara ini ibu kandung ini akan di fahamkan bahawa mereka masih belum layak menjaga dan membesarkan anak mereka sendiri di sebabkan beberapa faktor yang kuat menyokong iaitu seperti anak tersebut tidak mempunyai bapa,ibu kandung mereka yang masih muda dan perlu menghabiskan masa dengan belajar dan berjaya dalam akademik,dan perlu mengejar cita-cita dan kerjaya terlebih dahulu.Kesedaran inilah yang membuatkan ibu kandung ini menerima hakikat ini sekaligus menerimanya sebagai satu pengorbanan demi insan yang masih kecil dan tidak berdosa iaitu anak yang mereka lahirkan.

Tepuk-tepuk sayang,uuummuahhh ! ;p

We have done ! ;p


Hungry..
Bye... see u again..